Silat Kura-Kura, Asalnya Dari Gua

Sejarahnya bermula daripada 'perkelahian' dua ekor kura-kura maka lahirlah sejenis silat hasil pengamatan dan sensitiviti...




Sejarahnya bermula daripada 'perkelahian' dua ekor kura-kura maka lahirlah sejenis silat hasil pengamatan dan sensitiviti  guru silat Melayu pada separuh abad yang lalu.

Silat kura-kura berkembang di Hulu Terengganu terutama di Kampung Menerong dan Kampung Gunung.

Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu, Hasryn Izzuddin Mohd Khairy berkata, silat itu kerap kali dipertontonkan dalam pelbagai majlis keramaian anjuran kerajaan negeri baik diperingkat daerah mahu pun negeri.

Menurut cerita terdahulu yang diwarisi hingga kini, seorang guru silat sempat menyaksikan peristiwa 'perkelahian' dua kura-kura sedang  berebut pisang hutan ketika sedang bertapa di sebuah gua di Hulu Paka, Dungun.

"Kura-kura itu kelihatan berpusing-pusing sambil mengais-ngais pasir dengan gerak yang mengkagumkan serta menghasilkan bunyi berdesir seolah-olah lagak orang bertarung.

"Ibu kura-kura memarahi anaknya yang berjaya memakan pisang tersebut dengan menyondol-nyondol ekor ke tubuh anaknya sebagai tanda tidak puas hati,” katanya.

Menurutnya, peristiwa tersebut diingati guru silat berkenaan, sebaik tamat bertapa, beliau mempraktikkan gerak langkah kura-kura.

"Keistimewaan silat ini diperturunkan kepada seorang perantau dari Hulu Berang bernama Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Him.

"Dari situ, Pak Him mengembangkannya pula di mukim Hulu Berang kepada penduduk yang dikenal pasti mampu mewarisi keunggulan silat tersebut antaranya Yunus Mohamad (Pak Nus),” katanya.

Setelah kematian Pak Him, kesinambungan silat kura-kura diambil tanggungjawab Pak Nus dan berjaya menarik penyertaan ramai pelatih baru kawasan berhampiran.

Bermula pada tahun 1970-an, silat yang beruniformkan pakaian serba hitam dengan baju bergaris merah di bahagian tepi dan belakang ini,  kerap dijemput bagi mengadakan pertunjukkan ke serata tempat sehingga pernah ke Singapura.

Seni silat yang menekankan unsur-unsur kelembutan itu  merupakan satu-satunya seni terdapat di Hulu Terengganu, tidak ada ditempat lain di negara ini.



COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Silat Kura-Kura, Asalnya Dari Gua
Silat Kura-Kura, Asalnya Dari Gua
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhU8-stmtUyG6NmlRPZ805bCSyWAqyneP98Dw5mI4fV2gPaeUBc7PRpUqsvO31mqko_YqU3ArEM2fvyoCDjDKCUkouKlQz6ndiV5rwFOj1qM0fB0IPf9WDc64FFN972CcNfvi_M5DkSyW7-/s400/MUKA+BELAKANG+SILAT+KURA2+02.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhU8-stmtUyG6NmlRPZ805bCSyWAqyneP98Dw5mI4fV2gPaeUBc7PRpUqsvO31mqko_YqU3ArEM2fvyoCDjDKCUkouKlQz6ndiV5rwFOj1qM0fB0IPf9WDc64FFN972CcNfvi_M5DkSyW7-/s72-c/MUKA+BELAKANG+SILAT+KURA2+02.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/silat-kura-kura-asalnya-dari-gua.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/silat-kura-kura-asalnya-dari-gua.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy