SETIU : Sekolah Kebangsaan Langkap memulakan sesi persekolahan hari pertama dengan segala kekurangan kerana banyak peralatan seperti...
SETIU : Sekolah Kebangsaan Langkap memulakan
sesi persekolahan hari pertama dengan segala kekurangan kerana banyak peralatan
seperti kerusi dan meja yang digunakan murid hampir 70 peratus musnah akibat
bencana banjir minggu lalu.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap , Haimi
Satar berkata, kehadiran murid ke sekolah hari ini tidak sepenuhnya disebabkan
ada diantara rumah muridnya masih tidak pulih sepenuhnya.
Namun beliau bersyukur, murid yang hadir hari
ini membantu guru-guru membersihkan bilik darjah yang bakal digunakan untuk
sesi pembelajaran.
Katanya, sekolah ini mempunyai 127 murid dengan
kekuatan tenaga pengajar seramai 17 orang dan dibantu oleh anggota sokongan
seramai 3 orang datang membantu membersihkan sekolah pada hari jumaat lalu,
namun ianya masih tidak memadai kerana kekurangan sukarelawan.
" Jumlah kerugian yang kita tanggung
sebanyak RM 84,420 ribu meliputi perbagai peralatan termasuklah pendawaian
elektrik.
" Banyak peralatan hanyut ketika banjir
melanda sekolah ini dan ada yang rosak seperti peti sejuk tidak boleh digunakan
lagi.
"Saya berharap pihak Pegawai Pendidikan
Daerah ( PPD) , Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dapat meyalurkan peruntukan segera kepada sekolah ini untuk
kegunaan pembelajaran murid di sini kerana ianya amat penting,katanya ketika
ditemui Terengganu Times hari ini pada
sesi pertama persekolahan itu.
Selain dari itu, beliau juga mengharapkan bantuan
dari sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) datang menghulurkan
bantuan .
" Keadaan kelas masih banyak yang tidak
dibersihkan sepenuhnya dan ada yang diliputi selut (lumpur).
" Meja dan kerusi juga masih belum tersusun
di dalam kelas untuk kegunaan pembelajaran murid, ujarnya lagi.
COMMENTS