Terengganu Perkenal BAS KITER 15 Januari Ini

Terengganu bakal memperkenalkan perkhidmatan Bas Kite bermula 15 Januari ini dengan reka bentuk  lebih unik, selesa dan menarik sempena Vi...

Terengganu bakal memperkenalkan perkhidmatan Bas Kite bermula 15 Januari ini dengan reka bentuk  lebih unik, selesa dan menarik sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.

Kemudahan bas berkonsepkan rumah tradisional Terengganu  itu dilengkapi akses wifi, skrin LED TV dan  tingkap yang direka khas untuk keselesaan penumpang menikmati panorama sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu .

Manakala dekorasi dalaman bas yang memuatkan 34 penumpang, bercirikan lukisan batik, songket dan ukiran kayu larik pada pemegang tangga bas.

Timbalan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,  Wan Adnan Wan Derahman berkata, dahulunya bas yang dikelola Syarikat Cas Ligas Sdn. Bhd itu dikenali Bas Bandar, dinaiktaraf dan dijenamakan semula sebagai Bas Kite supaya bersesuaian dengan  sambutan VBT 2017.

Katanya, apa yang dilaksanakan itu sebagai usaha menarik minat penumpang dan pelancong untuk menggunakan pengangkutan yang dijangka beroperasi 15 Januari ini dan berkemungkinan dilancarkan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tempoh terdekat.

“Kadar bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan  antara RM1 sehingga RM3 atau bergantung kepada lokasi dituju.

“Penumpang mempunyai dua pilihan laluan, sama ada mahu melalui  Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)- Masjid Terapung  yang berkod C01 atau Terminal MBKT- Taman Tamadun Islam dengan menggunakan kod C02,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Laluan C01 bermula dari Terminal Bas MBKT ke Pantai Batu Burok, Kompleks Kraf Noor Arfa Batik, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Masjid Terapung dengan  jarak sejauh 27 kilometer (km).

Manakala laluan CO2 dari Terminal Bas MBKT melalui Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pulau Warisan membabitkan jarak 22 km.

Wan Adnan turut memberitahu, kerja-kerja menaiktaraf enam bas pelancongan yang berusia sembilan tahun itu bermula awal tahun lalu, membabitkan kos keseluruhan hampir RM500,000.

“Kos itu termasuk pembaikian enjin, memasang mesin tambang, menampal pelekat  berkonsepkan VBT dan dekorasi dalaman,” katanya.

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Terengganu Perkenal BAS KITER 15 Januari Ini
Terengganu Perkenal BAS KITER 15 Januari Ini
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrGDGHUPu-capyr_XJxxdgQE0EykKH9hJo32iTDCbVwhlc9EJV9_ZORMMNsM7J_YB9z4yH1mvVo4QN7PFBDtNiOoF3cD5V4HElMTw8x_DeGPIXfPFUsYyNEVaGwwKZddR2LUKs86sudhtN/s640/IMG-20170112-WA0034.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrGDGHUPu-capyr_XJxxdgQE0EykKH9hJo32iTDCbVwhlc9EJV9_ZORMMNsM7J_YB9z4yH1mvVo4QN7PFBDtNiOoF3cD5V4HElMTw8x_DeGPIXfPFUsYyNEVaGwwKZddR2LUKs86sudhtN/s72-c/IMG-20170112-WA0034.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2017/01/terengganu-perkenal-bas-kiter-15.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2017/01/terengganu-perkenal-bas-kiter-15.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy