Kuih Bekang Warisan

Bekang antara kuih yang kian jauh dari pengetahuan generasi kini, apatah lagi pembuatnya sukar ditemui melainkan di pasar jualan kuih-m...


Bekang antara kuih yang kian jauh dari pengetahuan generasi kini, apatah lagi pembuatnya sukar ditemui melainkan di pasar jualan kuih-muih tradisional yang sering menjadi tumpuan ramai di segelintir tempat di Terengganu.

Kuih yang dinikmati bersama kuah sama ada manis, lemak mahupun sambal ikan, dibakar menggunakan acuan seperti kuih cara, namun ada yang menggunakan acuan mengikut citarasa dan saiz tersendiri.

Bagi menghasilkan kuihnya adalah dengan menggunakan tepung beras yang dibancuh dengan air sebelum dicampur dengan air panas serta telur sehingga sebati.

Adunan haruslah tidak terlampau cair atau pekat sebelum dibakar sehingga masak. Manakala bagi memasak kuah manis pula perlu mencampurkan tepung beras bersama air dan gula melaka yang dimasak perlahan-lahan sehingga sebati.

Sementara kuah lemak pula adalah dengan mendidihkan santan bersama garam dan gula, seterusnya dimasukkan adunan tepung beras serta dikacau supaya tidak berketul ketul.

Setelah pekat, masukkan bawang merah beserta halia yang sudah dikisar dan kacau perlahan. Akhir sekali masukkan halba bersama sedikit garam serta biarkan sehingga masak.  


Bekang juga enak dinikmati dengan sambal ikan, iaitu dihasilkan dengan adunan isi ikan (direbus terlebih dahulu) yang dicampur bersama kelapa parut, bawang merah dan halia serta digoreng sehingga kering seperti membuat serunding. 

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Kuih Bekang Warisan
Kuih Bekang Warisan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnx4pjjWmMh1J7zQ4cSQAbJ8y_ENBNqPjJeBsKKlkzIk23qHG3B_86rs-ytUtMizsN3ZU76VdPVlXcIJzYIs_s2Aymt1bm6YoomsEzLckG-guJO5_24Qogi92n0h2LyJISFvienHbAW5kC/s640/SYA_9810.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnx4pjjWmMh1J7zQ4cSQAbJ8y_ENBNqPjJeBsKKlkzIk23qHG3B_86rs-ytUtMizsN3ZU76VdPVlXcIJzYIs_s2Aymt1bm6YoomsEzLckG-guJO5_24Qogi92n0h2LyJISFvienHbAW5kC/s72-c/SYA_9810.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2018/02/kuih-bekang-warisan.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2018/02/kuih-bekang-warisan.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy