7,165 Kanak-Kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007

Program Hafaz Muqaddam (23 surah lazim) di kalangan kanak-kanak di 65 buah Taska Permata Keluarga (TPK) Yayasan Pembangunan Keluarga Teren...

Program Hafaz Muqaddam (23 surah lazim) di kalangan kanak-kanak di 65 buah Taska Permata Keluarga (TPK) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) merekodkan peningkatan dari setahun ke setahun, sejak dimulakan pada 2007.

Hanya 255 kanak-kanak YPKT dari seluruh negeri berusia tiga hingga empat tahun yang terlibat pada tahun pertama penganjuran, bertambah sehingga 1,009  orang berjaya menghafaz muqaddam pada tahun ini.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program itu berjaya melahirkan 7,165 kanak-kanak hafaz muqaddam sepanjang 10 tahun  lalu menerusi bimbingan guru TPK masing-masing.

“Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Majlis Penyampaian Sijil Hafazan Muqaddam 2016 (23 surah lazim) dilaksanakan mengikut daerah secara berperingkat.

“Untuk hari ini, kita raikan seramai 377 orang kanak-kanak empat tahun bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang dikira berkemampuan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sijil Hafazan Muqaddam 2016 (23 surah lazim) Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Wisma Darul Iman, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Mohd Shafaruddin berkata, program hafaz ini bertujuan menanam rasa cinta kepada al-Quran dan kearah pembentukan akhlak mulia dalam diri anak-anak sejak awal usia.

“Aktiviti pembelanjaran seperti menghafaz dan mengingat secara berulang-ulang, secara tidak langsung akan meningkatkan kognitif, daya dan proses berfikir di kalangan kanak-kanak,” ujarnya. - teganukita

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: 7,165 Kanak-Kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007
7,165 Kanak-Kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj61-geopGSnRePq07PdJ8wZCoqjYdygbLOIWJykkon3LA9FFQAgv2-ieSL8jHF4bb2vRy7R6iCXDuReO3xJkBsCn2UlZQ9ncxbVE0qtoXSZMCMxGc6PuKL5bcB62zg6WA6UV7Fb4Ks1vuk/s320/ypkt.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj61-geopGSnRePq07PdJ8wZCoqjYdygbLOIWJykkon3LA9FFQAgv2-ieSL8jHF4bb2vRy7R6iCXDuReO3xJkBsCn2UlZQ9ncxbVE0qtoXSZMCMxGc6PuKL5bcB62zg6WA6UV7Fb4Ks1vuk/s72-c/ypkt.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/7165-kanak-kanak-ypkt-hafaz-muqaddam.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/7165-kanak-kanak-ypkt-hafaz-muqaddam.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy