Disebalik Kejayaan Pengayuh SOLO Mengelilingi Dunia

Sofian Mohd dan isteri Erniza Edni bersama Duta Malaysia di London Dato’ Ahmad Rasidi Hazizi pada bulan jun 2016 semasa Kayuhan Solo Men...

zaza
Sofian Mohd dan isteri Erniza Edni bersama Duta Malaysia di London Dato’ Ahmad Rasidi Hazizi pada bulan jun 2016 semasa Kayuhan Solo Mengelilingi Dunia.
Kejayaan seorang lelaki mesti ada penyokong kuat dibelakangnya dalam sesuatu perkara yang dilakukan.
Bagi pengayuh basikal solo mengelilingi dunia selama 16 bulan yang telah merentasi 22 buah negara dengan jarak hampir 30 ribu kilometer Sofian Mohd, 56, telah selamat tiba di SMK Tengku Bariah Kuala Terengganu sabtu lalu.
Beliau yang telah menamatkan perjalanan itu mengucap syukur kerana telah diberikan kesihatan yang baik sepanjang 473 hari kayuhan  dilakukannya.
Katanya, kejayaan ini tidak datang bergolek, ianya penuh dengan rintangan yang perlu dilalui sepanjang perjalanan dan juga kesihatan.
zaza2
"Saya diberi kekuatan untuk mencapai misi ini dengan sokongan moral dan fizikal terutamanya isteri dan ahli keluarga yang lain,
"Isteri saya Erniza Edni,42, (Zaza) yang selama ini banyak memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang hingga ke hari ini,
"Beliau  juga adalah penghubung antara saya dengan ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan yang mahu tahu perkembangan saya sepanjang perjalanan tersebut,
"Zaza juga telah membina satu fan page facebook "Sofian On Cycling Tour" yang mana telah dikemas kini secara berkala info berkaitan saya sepanjang perjalanan itu dan perhubungan beliau dengan media selama ini," katanya ketika dihubungi Terengganu Times.
Selain itu, beliau berterima kasih kepada isteri yang sangat memahami situasi dan keadaan beliau untuk menamatkan misi kayuhan jelajah dunia secara solo ini.
Tambahnya, "Zaza banyak berkorban untuk melihat saya mengapai kejayaan seperti mana kita lihat sekarang ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan pengayuh basikal anak negeri ini yang berjaya menamatkan misi mengelilingi dunia sebagai ikon dalam menyuntik motivasi pelajar untuk turut sama mencipta kejayaan dalam hidup.
Perkara tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat kitaka majlis sambutan Sofian di sini.
Katanya, kekentalan Sofian mengharungi misi itu tanpa putus asa biarpun berdepan cabaran kehilangan ahli keluarga disamping perubahan musim serta perbezaan bahasa dan budaya sekali gus dilihat dapat memberikan ins­pirasi kepada golongan sasar.
sofian
Saat ketibaan Sofian Mohd di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu
sofian1

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Disebalik Kejayaan Pengayuh SOLO Mengelilingi Dunia
Disebalik Kejayaan Pengayuh SOLO Mengelilingi Dunia
https://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2016/11/zaza.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/disebalik-kejayaan-pengayuh-solo.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/disebalik-kejayaan-pengayuh-solo.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy