Enam Calon Duduki SPM Di Tiga Hospital Di Terengganu

Pengawas Peperiksaan menyerahkan kertas soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Fitri Rahman Mohd Pozi, 17, di Hospital S...


Pengawas Peperiksaan menyerahkan kertas soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Fitri Rahman Mohd Pozi, 17, di Hospital Sultanah Nur Zahirah
KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) -- Enam daripada 20,528 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu hari ini menduduki peperiksaan itu di tiga hospital di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman berkata empat calon menduduki SPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan masing-masing seorang calon di Hospital Dungun dan Hospital Hulu Terengganu.

Bazlan yang diiringi pegawai Jabatan Pendidikan Terengganu hari ini berkesempatan melawat calon-calon berkenaan di HSNZ sebelum peperiksaan itu bermula.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, Nu'r Dayana Izzati Mohd Fauzi, 17, berkata beliau tidak menyangka terpaksa menduduki peperiksaan itu di hospital setelah terjatuh di asrama pada 22 Okt lepas.

"Saya mengalami keretakan di bahagian tulang belakang dan sebelum ini tidak mampu duduk...hanya terbaring, namun setelah doktor memasang peralatan khas di badan, saya kini mampu duduk dengan lebih selesa walaupun tidak mampu lagi berjalan seperti biasa.

Nur Syafirah Abdul Rahman, 17, menjawab soalan peperiksaan SPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini. Nur Syafirah, pelajar SMK Agama Dato' Haji Abbas, sedang menerima rawatan sakit belakang

"Walaupun masih menerima rawatan di hospital, saya tidak mengabaikan persediaan SPM kerana guru-guru dan kawan sekolah sering berkunjung ke sini untuk membantu saya membuat ulangkaji...kadang-kadang saya juga hubungi mereka melalui telefon.

Begitu juga dengan guru di hospital yang menjadi tempat rujukan saya jika tidak memahami satu-satu subjek itu dengan baik," katanya yang dijangka akan pulih seperti biasa pada pertengahan bulan depan.

Seorang lagi calon, Nur Syafirah Abdul Rahman, 17, pula berkata beliau memilih untuk masuk ke dalam wad HSNZ sejak semalam bagi memudahkannya menduduki peperiksaan itu.

"Asalnya, saya hanya terjatuh katil pada 2014 dan sejak itu saya sering mengalami lenguh-lenguh dan tidak boleh duduk bagi jangka masa yang lama.

Sakit belakang ini semakin kronik sejak tujuh bulan lalu dan sejak itu saya tidak lagi ke sekolah dan hanya belajar di rumah serta banyak membuat ulangkaji dengan buku rujukan dan bantuan rakan-rakannya kerana tidak sanggup menahan kesakitan," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas, Tok Jiring, dekat sini.

Bagi Muhammad Fitri Rahman Mohd Fozi pula, 17, beliau dimasukkan ke HSNZ sejak 8 Okt akibat kemalangan motosikal dan mengalami patah tulang di bahagian paha.

"Alhamdulillah dapat juga saya duduki SPM walaupun tidak di sekolah bersama kawan-kawan yang lain, setakat ini saya buat ulangkaji dengan bantuan rakan-rakan dan sering membaca buku untuk mengingati pelbagai fakta penting.

Saya berharap keadaan saya bertambah baik untuk menduduki lapan lagi kertas SPM yang akan berakhir pada 5 Dis depan," katanya yang bercita-cita mahu menjadi pakar pembangunan perisian komputer satu hari nanti.



-- BERNAMA

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Enam Calon Duduki SPM Di Tiga Hospital Di Terengganu
Enam Calon Duduki SPM Di Tiga Hospital Di Terengganu
http://newsdata2.bernama.com/bernama/newspic/am/FW497064_TR04_071116_SPM.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/enam-calon-duduki-spm-di-tiga-hospital.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/enam-calon-duduki-spm-di-tiga-hospital.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy