Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah berjaya meng...

Sebanyak RM 1.838 juta bantuan khas kepada pelajar-pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi persediaan peperiksaan dan sebagainya.
Program terakhir hari ini diadakan bagi Parlimen Kuala Nerus yang mana turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Haji Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus merangkap Adun Seberang Takir telah menyampaikan bantuan tersebut petang ini di Dewan Fikri Sekolah Menengah Kebagsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir, Kuala Nerus.
Seramai 191 orang pelajar menerima bantuan tersebut petang ini dan sekolah yang terlibat, SMK Kompleks Mengabang Telipot (39), SMK Bukit Tunggal (39), SMK Manir (39), SMK Ibrahim Fikri (48), SM Teknik Kuala Terengganu 26 orang yang terlibat dengan STPM 2016 ini.
Manakala bagi Parlimen Kuala Terengganu seramai 349 orang pelajar diikut Hulu Terengganu 225 orang, Marang 181 orang, Dungun 199 orang, Kemaman 186 orang, Besut 362 orang dan Parlimen Setiu 146 orang pelajar yang menerima wang tunai tersebut.
Sejak 10 tahun yang lalu bermula tahun 2008 kerajaan Terengganu dibawah Barisan Nasional (BN) telah membiayai sebanyak RM 16.727 juta bagi meringankan beban pelajar dan juga ibubapa bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Menurut Ahmad Razif, bantuan wang tunai ini dapat meringan beban dan tanggungan ibu bapa pelajar-pelajar STPM ini.
Katanya, jangan pula apabila menerima wang ini terus ke kedai telefon dan mengantikan telefon yang baru.
"Gunalah sebaiknya wang yang diberikan kerajaan ini untuk kemudahan pembelajaran anak-anak,
"Jika ada lagi barangan keperluan itu utamakan dahulu dan jangan sibuk hendak menukar telefon baru... utamakan barang-barang untuk pembelajaran dahulu...,
"Kalau ada adik beradik hendak makan KFC sebelum ini dan ianya tidak tertunai lagi maka saya benarkan wang ini dibelanjakan dan untuk membantu ibubapa pun tak apa... saya benarkan...," katanya semasa dalam ucapan perasmian sebentar tadi.
Selain itu, beliau juga mengharapkan keputusan yang terbaik boleh dicapai oleh pelajar STPM 2016 kali ini dan apabila cermerlang nanti akan ada imbuhan tambahan kepada pelajar semua.
Selain itu, beliau juga mengharapkan keputusan yang terbaik boleh dicapai oleh pelajar STPM 2016 kali ini dan apabila cermerlang nanti akan ada imbuhan tambahan kepada pelajar semua.

"
COMMENTS