Mohd Khusairi (berdiri, tengah) menyerahkan kerusi roda kepada Aziz di Kampung Lubuk Perah. MARANG – Impian seorang warga emas yang ti...
Mohd Khusairi (berdiri, tengah) menyerahkan kerusi roda kepada Aziz di Kampung Lubuk Perah.
MARANG – Impian seorang warga emas yang tidak mampu berjalan akibat lumpuh di Kampung Lubuk Perah, di sini untuk memiliki kerusi roda akhirnya termakbul.
Aziz Embong, 66, yang lumpuh kedua-dua belah kaki itu menerima sumbangan kerusi roda bernilai kira-kira RM5,000 daripada Exco Kerajaan Terengganu, A Latiff Awang dalam satu majlis penyerahan yang dilakukan di rumahnya.
Sumbangan peralatan tersebut disampaikan oleh wakil Exco Kerajaan Terengganu itu iaitu Setiausaha Kerja Penyelaras Dun Pengkalan Berangan yang juga merupakan Exco Pemuda Umno Bahagian Marang, Mohd Khusairi Mohamad Nor.
Mohd Khusairi berkata, Aziz juga tidak mampu bekerja akibat keadaan dirinya itu, namun penerima terbabit masih belum membuat sebarang permohonan kepada mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Sehubungan itu, pihak Pejabat Penyelaras Dun Pengkalan Berangan diketuai YB Latiff mengambil tindakan segera membantu warga emas ini. Diharap dengan adanya kerusi roda itu, memudahkan pergerakannya” katanya.
Menurutnya, pihak Penyelaras Dun Pengkalan Berangan juga mencadangkan agar keluarga warga emas terbabit membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan pesakit kronik menerusi Tabung Darul Iman.
“YB Latiff mengesyorkan agar ahli keluarga Aziz membuat permohonan menerusi tabung berkenaan kerana pesakit menggunakan lampin pakai buang sudah pastinya memerlukan perbelanjaan agak tinggi setiap bulan,” katanya.

COMMENTS