Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila memperoleh satu pingat emas...
Sekolah Menengah Imtiaz Kuala
Terengganu terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila
memperoleh satu pingat emas dan satu pingat perak dalam pertandingan European
Exhibition of Creativity and Innovation (Euroinvent) 2016 di Palas Mall, Lasi,
Romania.
Penyertaan kali pertama
Imtiaz Kuala Terengganu menerusi pasukan pelajar tingkatan empat yang dinamakan
Al-Fateh Inventors ke benua Eropah itu membanggakan sekolah berkenaan apabila
dua produk yang dipertandingkan berjaya membawa pulang satu emas dan satu perak
selain turut memenangi anugerah khas untuk kedua-dua produk tersebut.
Pingat emas diraih oleh
Afrina Mardhiah Ab. Manan dan Nur Athirah Noor Asa’ari menerusi produk inovasi,
Nifty Cleaner Kit yang merupakan set peralatan kebersihan bagi mencuci pelbagai
permukaan seperti tingkap, bilah kipas, jeriji besi, dinding dan perabot sekali
gus mengelakkan berlakunya sindrom ‘bangunan sakit’ di samping menerima anugerah
khas New Research Invention for Young Inventor dari Corneliu
Group Rumania.
COMMENTS