Para pendaki Gunung Tebu bergambar Foto Bernama BESUT (Bernama) -- Keterujaan sekumpulan peminat aktiviti lasak untuk meneroka hutan dan ...
Para pendaki Gunung Tebu bergambar Foto Bernama
BESUT (Bernama) -- Keterujaan sekumpulan peminat aktiviti lasak untuk meneroka hutan dan khazanah alam semulajadi negara ini membawa mereka ke Gunung Tebu, Besut, Terengganu dalam ekspedisi mendaki gunung itu selama dua hari baru-baru ini.
Menggelarkan diri mereka sebagai "Rush Adventure Team", ekspedisi berkenaan turut membawa peserta seramai 40 lelaki dan wanita dari Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Terengganu menyelami sendiri kisah-kisah mistik serta misteri yang melingkari Gunung Tebu.
Ketua ekspedisi, Muhammad Faiz Rozaini berkata selain mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda dan peminat aktiviti sukan mendaki, misi menawan Gunung Tebu juga mendidik agar pendaki menjaga kebersihan persekitaran sebagai tanda menghormati alam semulajadi..... BERNAMA
COMMENTS