Juadah Ringkas Memikat Selera

Kuih nekbat amat sinonim dan mendapat permintaan ramai penggemar kuih tradisional khususnya di Terengganu tatkala Ramadan menjelang d...



Kuih nekbat amat sinonim dan mendapat permintaan ramai penggemar kuih tradisional khususnya di Terengganu tatkala Ramadan menjelang dan pastinya amat berselera dinikmati sebagai pembasuh mulut ketika berbuka puasa.

Kuih yang dihasilkan daripada tepung beras dan telur ini, lazimnya disediakan dalam dua fasa.

Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak atau nekbat mentah ini akan disimpan kering serta dijual kepada pelanggan yang akan menyiranya sendiri sebelum dimakan.

Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Sementara pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disiram dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan serta cengkih bagi membangkitkan bau wangi dan meresap sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula berkenaan.

Apabila kembang dan bertukar kekuningan, juadah tradisi ini sedia untuk dinikmati. Nekbat yang telah disiram biasanya tidak boleh disimpan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Resepi Kuih Nekbat

Bahan-Bahan:

Bahan Kuih
500g tepung beras (1 bungkus)
12 biji telur ayam

Bahan Sira
Air secukunya
500 gm gula
5 helai daun pandan

Cara Membuat:

1. Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.

2. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih. Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.

3. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar hingga kekuningan.

4. Untuk proses menyira pula, perlu masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. Hidangkan.

Tip:

– 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.
– Boleh gunakan acuan bahulu.

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Juadah Ringkas Memikat Selera
Juadah Ringkas Memikat Selera
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb_xbmPzI2cf-JnH2zqoUR4kRYMeoZ2DqBctRdoJ8X49aBATH4ISoRfB2z-kSJxUjxO7xCSZsgWhGGyB8F2UKDyenJhCvfnSqf5gVfLQWCQPziv-4LFKQAfv7Cw-RWI3__GGOon9pWJ9V6/s400/SYA_7542.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb_xbmPzI2cf-JnH2zqoUR4kRYMeoZ2DqBctRdoJ8X49aBATH4ISoRfB2z-kSJxUjxO7xCSZsgWhGGyB8F2UKDyenJhCvfnSqf5gVfLQWCQPziv-4LFKQAfv7Cw-RWI3__GGOon9pWJ9V6/s72-c/SYA_7542.JPG
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/juadah-ringkas-memikat-selera.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/juadah-ringkas-memikat-selera.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy