Manfaat Untuk Kesejahteraan Rakyat

LAWATAN Perdana Menteri ke China baru-baru ini adalah antara diplomasi paling bersejarah buat rakyat di akar umbi di negara ini. Dengan p...

img-20161102-wa0052LAWATAN Perdana Menteri ke China baru-baru ini adalah antara diplomasi paling bersejarah buat rakyat di akar umbi di negara ini.
Dengan pelaburan yang mencecah sebanyak RM144 bilion mencakupi pelbagai sektor ekonomi, yang paling mendapat perhatian kawan dan lawan Perdana Menteri adalah tentang projek Pantai Timur Rail Line (ECRL).
ECRL sepanjang 688 kilometer ini bakal menghubungkan Pelabuhan Klang ke Gombak dan ke Tumpat, dengan memotong pergunungan “tulang belakang Semenanjung Malaysia” iaitu Tititwangsa. Ia dijangka akan mengambil masa selama 7 tahun untuk menyiapkan kesemua fasa projek tersebut.
Namun demikian, lumrah kumpulan pembangkang di Malaysia yang tidak senang melihat sesuatu perkara untuk kesejahteraan rakyat dibina oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Projek yang menelan belanja RM55 bilion ini turut terkena tempias fitnah dari mereka. Ada dalam kalangan mereka yang membidas tindakan Perdana Menteri menandatangani pembinaan ECRL dengan negara China ini merupakan suatu perkara yang terburu-buru.
Apa yang mereka lupa atau buat-buat lupa, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebenarnya telah mencadangkan ECRL ini sejak dari tahun 2007 lagi sebagai projek penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di koridor ini di mana anggaran kos awal adalah dari RM30 bilion kepada RM70 bilion.
Malah, satu lagi fakta yang ramai tidak tahu bahawa ECRL ini sebenarnya telah bermula sejak 1981 dengan pelbagai peringkat perbincangan secara berkala.
Soalnya sekarang siapa Perdana Menteri ketika tahun 1981 itu jika tidak Tun Hussien Onn, manakala timbalannya pula adalah Dr Mahathir Mohamed sendiri?
Jika perlaksanaan ECRL pada hari ini adalah bertujuan untuk menutup segala hutang piutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), soalnya sekarang adakah 1MDB sudah wujud pada tahun 1981?
Sebagai seorang timbalan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir harus bertanggungjawab dan menjawab kembali persoalan ini. Bukan sengaja tahu membuat provokasi dan tohmahan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kita boleh bayangkan sendiri, sebuah projek pembangunan yang amat bermanfaat kepada rakyat khususnya di kawasan Pantai Timur sebegini tidak mampu atau sengaja tidak dilaksanakan semasa Dr Mahathir berkuasa selama 22 tahun.
Adakah tempoh 22 tahun itu masih tidak cukup untuk Dr Mahathir mencari pemaju kontraktor dan merancang sebuah rel kereta api? Jika benarlah masa itu tidak cukup baginya, ia bermakna Najib Razak jauh lebih hebat berbanding Dr Mahathir.
Selama hampir 31 tahun selepas itu, barulah projek ECRL ini berjaya menampakkan “sinar di hujung terowong” apabila Najib Razak sendiri berbincang dan bekerjasama dengan China.
Mungkin inilah yang harus rakyat di kawasan Pantai Timur perlu tahu akan komitmen dan kesungguhan Najib Razak dalam memberi kemajuan yang seimbang bukan sahaja kepada kawasan Pantai Barat, Sabah dan Sarawak, malah turut tidak dikesampingkan mereka yang berada di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Mahathir selaku Perdana Menteri selama 22 tahun harus insaf dan malu dengan perkara ini, serta rakyat harus mengetahui perkara yang sebenar.

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Manfaat Untuk Kesejahteraan Rakyat
Manfaat Untuk Kesejahteraan Rakyat
https://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2016/11/IMG-20161102-WA0052-400x500.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/manfaat-untuk-kesejahteraan-rakyat.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/manfaat-untuk-kesejahteraan-rakyat.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy