KUALA TERENGGANU : Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahaman melahirkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku di ibu negara, Kuala Lumpur se...
KUALA
TERENGGANU : Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahaman melahirkan rasa terkilan
dengan apa yang berlaku di ibu negara, Kuala Lumpur semalam.
Menurut
Ahmad Razif, beliau amat terkilan kerana dalam keadaan negara Malaysia mengamalkan
sistem demokrasi, mengapa perlu nyatakan
tidak puas hati denga memilih turun dijalanan.
Katanya,
negara mempunyai sumber-sumber dan salaruan yang tertentu dan kita mempunyai wakil
rakyat untuk menyuarakan diparlimen.
"Seberang
perubahan dan sebarang keputusan yang hendak dibuat mesti melalui saluran yang
betul'
"Kita
melihat dengan keputusan jalanan banyak negara-negara yang masih bergolak
sesama sendiri kerana keputusan yang dibuat menerusi jalanan dan ianya tidak mendatangkan
kebaikkan kepada negara dan juga rakyatnya,
"Sebagai
contoh negara di asia tengah sampai ke hari ini masih bergolak apabila
keputusan jalanan diambil oleh rakyat mereka," katanya kepada wartawan selepas
perjumpaan bersama J3K seluruh Terengganu di Stadium Negeri disini.
Selain
itu, beliau menyeru kepada kumpulan kuning dan merah untuk memelihara negara ini
supaya hidup aman dan damai yang telah dinikmati selamai ini.
"Alhamdulillah....
negara kita masih aman dan damai, ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati...
jadi tunggulah hari pilihan raya, biar
rakyat membuat keputusan.
"Masa
ini kita perlu berkerja untuk rakyat yang mana dalam keadaan ekonomi negara
serta dunia yang teruk ketika ini dan mengapa perlu heret rakyat ke jalanan,
"Pilihanraya
umum sudah tidak lama lagi, hanya dalam setahun sahaja lagi maka tumpu dan
bantulah rakyat yang telah memangkan kita," ujurnya lagi.
COMMENTS