Pegawai KPDNKK membuat tinjauan stok minyak masak di dalam gudang simpanan sebuah pasar raaya di Kuala Terengganu Kementerian Perdaga...
- Pegawai KPDNKK membuat tinjauan stok minyak masak di dalam gudang simpanan sebuah pasar raaya di Kuala Terengganu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu membuat tinjauan di beberapa premis di sini Jumaat lalu.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa KPDNKK negeri, Mohd Sakhri Mohd Salleh berkata, hasil pemeriksaan ke atas premis besar di sekitar bandar raya ini mendapati, bekalan minyak masak masih mencukupi untuk keperluan harian pengguna.
“Hari ini kita melakukan pemeriksaan serentak di seluruh negara dengan arahan yang dikeluarkan ibu pejabat (KPDNKK) dan hasilnya di Terengganu, saya dapati bekalan minyak masak untuk negeri ini mencukupi.
“Minyak masak juga ada dipamerkan di dalam pasaran, termasuk di dalam stor mereka (pasar raya). Ini jelas menunjukkan bekalan itu mencukupi untuk dijual kepada pelanggan,” katanya kepada media.
Menurut Mohd Sakhri lagi, berdasarkan pemerhatiannya juga, tiada pembelian panik yang dilakukan pengguna ketika tinjauan dilakukan di dua buah pasar raya besar di sini.
“Saya tak nampak ada panic buying (pembelian panik) kerana minyak masak botol dan paket ada dipamerkan dan sedia untuk dijual, malah stok masih ada di dalam stor.
“Tetapi kita tidak menolak kemungkinan di sesetengah lokasi yang terputus bekalan kerana mereka sedang dalam proses menambah bekalan dan ia hanyalah bersifat sementara. Situasi ini tiada kaitan dengan kes sorok minyak dan sebagainya,” katanya lagi.
Sehubungan dengan itu KPDNKK mampu melakukan pemeriksaan terhadap bekalan minyak masak sama ada ia ada atau terputus bekalan, tetapi bukan dari segi kawalan harga buat sementara waktu ini, sehinggalah diberitahu kemudian.
“Harga ditentukan terus daripada pengeluar minyak masak, manakala penjual atau pasar raya akan menentukan harga mereka sendiri,” katanya.
Ia berikutan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak.
- Penolong pengurus Mydin Cawangan Kuala
TerengganuÄ·
Menurut penolong pengurus Mydin cawangan Kuala Terengganu, Suzana Romeli, stok minyak masak di pasar raya itu mencukupi untuk keperluan 3 minggu.
“tak ada isu yang mengatakan tak ada barang , kerana sentiasa ada stok minyak 1 kilo (peket) 3 kilo ( botol ) dan 5 kilo ( botol) semua masih ada .
Katanya, tempatnya ada terputus bekalan, namum hanya yang dalam botol sahaja, minyak masak peket setiasa ada kerana kita order dalam jumlah yang besar serta mengikut seperti mana kerajaan war-warkan.
“Harga yang kita pamerkan adalah mengikut makanisme harga yang telah ditetapkan kerajaan,
“ Untuk badan-badan pertubuhan yang mahu membeli minyak masak dengan jumlah yang besar agar mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu daripada KPDNKK agar ianya tiada belaku ketirisan, ujarnya.
COMMENTS