Kelab Bola Sepak Pasukan Terengganu (Terengganu Team Football Club) atau T-Team FC merupakan kelab bola sepak yang bermain dalam Liga Perda...
Kelab Bola Sepak Pasukan Terengganu (Terengganu Team Football Club) atau T-Team FC merupakan kelab bola sepak yang bermain dalam Liga Perdana Malaysia iaitu liga tahap kedua di Liga Malaysia. Pasukan ini terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.
T-Team diasaskan pada 14 Julai 2006 sebagai PBDKT T-Team FC. Pasukan ini didaftarkan melalui Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu. Pada musim 2007/08, T-Team menyertai Liga FAM dan muncul johan dalam kejohanan tersebut setelah mengumpul 33 mata mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru yang hanya mengumpul 25 mata.
Selaku juara, T-Team layak beraksi dalam Liga Perdana Malaysia pada musim berikutnya (2009). Untuk musim 2010, T-Team layak beraksi dalam Liga Super Malaysia setelah muncul naib juara liga. Pada musim 2014 pasukan T-Team diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.
Mulai musim 2015 T-Team diletakkan di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu dan kini 2016.
Dalam saingan liga super 2016 yang terakhir baru-baru ini T-Team telah berjaya menempatkan diri di tangga ke 7 keseluruhan dengan mengumpul 27 mata dengan 7 kemenangan, 6 seri, dan 9 kali kalah.
Manakala jaringan T-Team pula dengan 30 jaring dan bolos sebanyak 34 jaringan dan purata 4 jaringan keseluruhannya.
Dibawah Pengurusan dan organisasinya yang diketuai oleh Ab. Rasid Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Penolong Pengurus pasukan T-Team telah berjaya membawa T-Team 10 pasukan terbaik liga super seperti mana yang ada sekarang ini.
Beliau yang turut dibantu oleh Mohd Syahrizan Mohd Zain selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Pengurus pasukan dipegang oleh YB Dato' Haji Rozi Mamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu selama ini telah menjalankan tanggungjawab yang terbaik bagi menaikan sukan bola sepak negeri ini.
T-Team juga mempunyai akademinya sendiri yang diberi nama Young Titans Football Academy kini mempunyai 9 cawangan bagi melatih bakat-bakat muda untuk sukan bola sepak Terengganu khasnya.
Pembangunan bola sepak T-Team telah berjaya melahirkan pemain ternama seperti sekarang ini sepertimana Muhammad Safawi Rashid berusia 19 tahun yang mana akan mewakili Johor Darul Takzim (JDT) pada musim hadapan (2017).
Pembangunan jangka panjang inilah yang telah dilakukan oleh pengurusan T-Team telah berjaya melahirkan ramai pemain-pemain berbakat dari Terengganu yang kini mula mencipta nama dala arena bola sepak negara.
Ramai pemain berbakat dari akademi T-Team kini bukan sahaja dapat beraksi dengan pasukan Terengganu dan T-Team malahan juga mendapat tawaran dari pasukan atau kelab diluar Terengganu mahu pun dalam liga super dan liga perdana untuk 2017 nanti.
COMMENTS