Tiga Guru Terengganu Dikesan Terlibat Penyalahgunaan Dadah Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) -- Saringan ujian air kencing terutama kepada guru-guru yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah ...

KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) -- Saringan ujian air kencing terutama kepada guru-guru yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah telah lama dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata tahun ini tiga guru dikesan terlibat dalam jenayah itu dan seorang daripada mereka telah ditamatkan perkhidmatan manakala dua orang lagi dalam proses untuk dikenakan tindakan.

"JPNT akan membuat saringan air kencing kepada guru yang mempunyai masalah disiplin berdasarkan aduan pengetua dan guru besar sekolah.

"Di Terengganu juga, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta sekolah membuat inisiatif sendiri untuk melakukan ujian air kencing kepada kakitangannya secara sukarela.

"Bagaimanapun, peratusan guru terlibat penyalahgunaan dadah itu sangat kecil berbanding lebih 23,000 guru yang terdapat di seluruh negeri ini dan ianya adalah kes yang sangat terpencil," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mahu Jabatan Pendidikan di setiap negeri bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan saringan air kencing terhadap guru yang berisiko terlibat penyalahgunaan dadah sekiranya perlu.

Ia berikutan penahanan seorang guru lelaki berusia 33 tahun di Miri, Sarawak, yang didakwa mengedar dadah.

Mengulas lanjut, Shafruddin berkata jabatan juga meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihaknya sekiranya terdapat tingkah laku guru atau kakitangan yang mencurigakan.

"Sebagai guru, mereka perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana mereka turut dijadikan idola oleh pelajar dan perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya sangat besar.

Jabatan sangat mengalu-alukan kerjasama komuniti untuk membanteras penyalahgunaan dadah ini secara habis-habisan," katanya.

-- BERNAMA

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Tiga Guru Terengganu Dikesan Terlibat Penyalahgunaan Dadah Tahun Ini
Tiga Guru Terengganu Dikesan Terlibat Penyalahgunaan Dadah Tahun Ini
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/tiga-guru-terengganu-dikesan-terlibat.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/tiga-guru-terengganu-dikesan-terlibat.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy