Kerteh – Dua lelaki maut dan dua lelaki cedera selepas kenderaan mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Mak Ikal Kerteh di Jalan...
Kerteh – Dua lelaki maut dan dua lelaki cedera selepas kenderaan mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Mak Ikal Kerteh di Jalan Kuala Terengganu- Kuantan pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 9:30 pagi kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki empat orang dalam perjalanan ke Kuantan telah hilang kawalan ketika di jambatan kecil Sungai Mak Ikal lalu terbabas merempuh pagar jambatan dan terjatuh ke dalam sungai dalam keadaan terbalik.
Nahas menyebabkan salah seorang mangsa tercampak keluar dan seorang mangsa tersepit dalam kenderaan telah dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba serta orang awam.
Dua orang mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.
Identiti kesemua mangsa masih belum diperolehi dan masih menunggu daripada laporan penuh pihak berkuasa. – Terengganu Times

COMMENTS