Pengagihan Bantuan Dana Sekolah 2016 bagi Dun Wakaf Mempelam yang melibatkan 1,805 orang keseluruhan ketua isi keluarga dengan seju...
Pengagihan Bantuan Dana Sekolah 2016 bagi Dun
Wakaf Mempelam yang melibatkan 1,805
orang keseluruhan ketua isi keluarga dengan sejumlah RM 278,200 hari ini.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu
yang diterajui YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku Menteri Besar tahun
ini telah memperuntukan sejumlah RM 10,988,000 juta bagi Bantuan Dana
Persekolahan sesi 2017 yang akan bermula 1 Januari nanti.
Pengagihan tersebut dilaksanakan di setiap
daerah seluruh negeri Terengganu yang mana melibatkan 70,435 ketua isi rumah
dan jumlah pelajar yang menerimanya 109,880 ribu orang.
Pegawai Penyelaras Dun Wakaf Mempelam Salleh
Othman berkata, hampir 95 peratus sudah menerima wang tunai dan baucer
pembelian di kedai-kedai terpilih sekitar Kuala Terengganu.
Menurut Salleh lagi, kedai-kedai tersebut menjadi
rakan strategik bagi kerajaan kerana mempunyai jalinan usaha sama untuk
memudahkan rakyat yang berpendapatan rendah membeli belah persiapan
persekolahan anak-anak mereka.
Tambahnya, antara kedai menawarkan kupon
diskaun kepada penerima dana bantuan persekolahan tahun ini, Din Brothers,
Zulfashah Book Service, Nine Bookstore Enterprise, Pasaraya Mydin, Kedai Buku
Banggol, Kasut You Dan Kedai Pakaian Hari-Hari.
"Alhamdulillah...hari ini sesi kedua,
seramai 824 orang penerima dan semalam 981 orang penerima yang mana telah
dikeluarkan senarai penerima dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
(SUK) dan telah berjaya diagigihkan,
"Sepanjang 2 hari ini, penglibatan pelbagai
jabatan dan agensi terlibat secara langsung antaranya, Pejabat Daerah Kuala
Terengganu, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) dan Yayasan
Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT),
"Semua jabatan dan egensi ini memainkan
peranan yang cukup besar bagi melancarkan perjalanan pengagihan bagi tahun ini
dan YPKT membuka kaunter pendaftar SSPN-i bagi anak kelahiran tahun 2016,
"Semuanya selesai sepertimana yang telah dirancangkan
bersama pejabat daerah dan bantuan ini sekurang-sekurangnya dapat meringankan
bebanan ketua keluarga untuk persiapan akhir persekolahan tahun hadapan(4 hari lagi),"
katanya kepada myterengganu.com.
Sehubungan dengan itu, bagi Parlimen Kuala
Terengganu pengagaihan dana bantuan sekolah tahun ini melibatkan sejumlah RM 1,974,400
juta dan 12,708 penerima.
Turut hadir Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala
Terengganu merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu
Rozalina Mohktar, Setiausaha UMNO Bahagian Razak Ali, Pengerusi Penyelaras
Pergerakan Pemuda UMNO Dun Wakaf Mempelam Mohamad Azmi Abdullah dan AJK UMNO
Bahagian Kuala Terengganu.
COMMENTS