KUALA TERENGGANU : Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT2017) ini pihak Kerajaan Negeri Terengganu bakal menerima 3000 orang pelanco...

Pelancong asean tersebut bakal menginap sikatar Bandaraya Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam bermula pada 2 hingga 4 Januari ini yang akan diselaraskan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pelancongan Negeri.
Menurut urusetia yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Haji Zainal Abidin Hussin berkata, pihaknya telah menyusun yang terbaik bersama Forte Hospitality Management Sdn.Bhd (Forte ialah konsortium yang menguruskan perhotelan pelancong) demi untuk melihat peniaga-peniaga Terengganu mengambil manfaat dan faedah dari kehadiran pelancong yang begitu ramai itu.
“Kerajaan menyediakan keperluan-keperluan untuk memastikan kehadiran pelancong ke Terengganu, yang akan memperolehi faedahnya ialah peniaga dan usahawan pelancongan, oleh itu layanlah pelancong itu dengan cara yang terbaik,”ujarnya dipetik laporan teganukita.net
Menurut Forte yang mengurus kedatangan pelancong dari Singapura, Thailand, Myanmar dan Filipina, bahawa pelancong tersebut adalah dari kategori pertengahan, bukannya ‘budget tours’.
Sehubungan dengan itu, mereka akan dibawa melawat Tasek Kenyir, Kuala Berang (Batu Bersurat), Pasar Payang, Pulau Warisan dan KT Night Market yang beroperasi beberapa bulan lalu.
COMMENTS