MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan sumbangan pakaian dan peralatan sekolah kepada pelajar pada majlis yang ...
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris
Jusoh menyampaikan sumbangan pakaian dan peralatan sekolah kepada pelajar pada
majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong,
Jertuh, hari ini.
Seramai 500 pelajar miskin di daerah ini tidak
lagi berasa risau untuk memasuki penggal persekolahan tahun hadapan apabila
mereka menerima sumbangan pakaian dan peralatan sekolah daripada pelbagai pihak
yang bersimpati dengan nasib mereka.
Sumbangan itu disampaikan Menteri Pendidikan
Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut pada majlis yang
berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, dekat sini,
hari ini.
Pelajar daripada keluarga miskin itu dipilih
oleh Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Besut, melalui Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing.
Idris berkata, sembilan syarikat korporat
menyumbangkan RM100,00 kepada Majlis Kebajikan Pelajaran Daerah Besut, yang
bertanggungjawab membantu pelajar miskin daerah itu untuk menyambung pelajaran.
Katanya, sebahagian besar syarikat korporat
terbabit adalah anak syarikat kepada universiti tempatan yang turut menunaikan
tanggungjawab sosial masing-masing.
"Pembabitan syarikat korporat terbabit
adalah sebahagian usaha untuk membantu golongan pelajar miskin yang tidak
berkemampuan untuk membeli pakaian dan kelengkapan persekolahan," katanya.
Pada majlis itu, pelajar berkenaan menerima
sumbangan pakaian berupa kasut, seluar, baju dan wang tunai RM100 seorang.
COMMENTS