Anak MB dan EXCO Terengganu Antara Yang Cemerlang PT3

Anak bongsu Menteri Besar Terengganu muncul antara pelajar cemerlang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang keputusannya diumum...

Anak bongsu Menteri Besar Terengganu muncul antara pelajar cemerlang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang keputusannya diumumkan hari ini.

Shahrul Imran Ahmad yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abbas di Kuala Nerus memperoleh 10A 1B.


Datuk Seri Ahmad Razif ketika dihubungi Bernama berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang komited memastikan kejayaan anaknya dan juga pelajar lain dalam peperiksaan itu.

“Syukur alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada anak bongsu saya, Shahrul Imran. Tahniah dan syabas buat beliau kerana di atas kesungguhan dan usahanya, akhirnya membuahkan hasil.

“Walaupun saya dan isteri agak sibuk dengan jadual harian dan program, namun kami tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anak terutamanya Shahrul Imran yang mengambil peperiksan PT3 baru-baru ini.

“Saya dan Kak Na (Toh Puan Seri Halina Zakaria) selaku ibu bapa, berasa bangga kerana Imran seorang yang tidak banyak bercakap. Kadang-kadang risau juga takut-takut dia tak dapat fokus pada pelajaran. Namun, akhirnya terjawab pada hari ini,” kata Ahmad.

Seorang pelajar cemerlang PT3 yang lain, Siti Nurmnirah Razali, pula berkata: “Disebabkan tiada wang untuk beli makanan, kami sekeluarga pernah tidur dalam kelaparan kerana tidak ada makanan untuk dijamah.

“Dari saat itu saya mula insaf dan bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengubah nasib kami sekeluarga dan tidak perlu berlapar lagi,” katanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abbas di sini yang memperolehi 11A dalam peperiksaan itu.

Katanya, selepas kematian bapanya Razali Jusoh, akibat sakit buah pinggang pada tahun 2012 hanya ibunyalah Norizan Abdul Rahman, 47, tempat mereka tujuh beradik bergantung.

“Selepas ayah meninggal dunia ibu mengambil alih perniagaan menjahit pakaian yang beroperasi di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Hanya kakak yang sulung, Nurul Fatin Azuana, 24, sudah berkahwin manakala adik beradik yang lain semuanya masih belajar.

“Pendapatan ibu pula tidak menentu, menyebabkan abang, Ahmad Syafiq Ikhwan, 21, terpaksa menangguhkan pengajian di Kolej Universiti Terengganu Advanced Training Institute (TATI) dan bekerja secara sambilan di kedai dobi untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya.

Sumber Terengganu Times

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Anak MB dan EXCO Terengganu Antara Yang Cemerlang PT3
Anak MB dan EXCO Terengganu Antara Yang Cemerlang PT3
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvkjZPRl-E3ajb6TPQvtsbxG6LHmFq0SYrohKajyRI5n3gyT-ujSK8gsajmXkQyKFkVD4qvnMzGp57-aXEa_ML6sMKQqYsPohYP9qcGNr52347ghziZyEJaE9fxE4Lk8k_NF7x5sjpLB-n/s320/keputusan+pt3+2016.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvkjZPRl-E3ajb6TPQvtsbxG6LHmFq0SYrohKajyRI5n3gyT-ujSK8gsajmXkQyKFkVD4qvnMzGp57-aXEa_ML6sMKQqYsPohYP9qcGNr52347ghziZyEJaE9fxE4Lk8k_NF7x5sjpLB-n/s72-c/keputusan+pt3+2016.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/anak-mb-dan-exco-terengganu-antara-yang.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/anak-mb-dan-exco-terengganu-antara-yang.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy