APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU SEPANJANG 2016
HomeEksklusifRencana

APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU SEPANJANG 2016

E-ADUAN SEBAGAI MEDIUM MAKLUM BALAS RAKYAT -Sistem e-Aduan sebagai saluran rakyat membuat aduan atau mengemukakan sebarang cadang...

Taman Ilmu : 3 buah universiti lagi berminat dengan konsep TI
Majukan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Dan Penternakan -teganukita.net
APA ITU BR1M DAN MENGAPA BR1M DIBUAT OLEH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK?


E-ADUAN SEBAGAI MEDIUM MAKLUM BALAS RAKYAT

-Sistem e-Aduan sebagai saluran rakyat membuat aduan atau mengemukakan sebarang cadangan dengan lebih mudah dan cepat.

E-SUKA

-Sistem penyampaian kerajaan terus diperkasakan dengan memperkenalkan sistem Ukuran Kepuasan Awam atau e-Suka

TULISAN JAWI
-Terengganu mewajibkan penggunaan tulisan jawi bagi semua bentuk paparan iklan di seluruh negeri bermula 2015.

ZON BERSIH
-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu diminta mewujudkan Zon Bersih. Majlis Daerah Setiu (MDS) menjadi PBT pertama yang Berjaya wujudkan Zon Bersih. Lapan kawasan di MDS digazetkan sebagai Zon Bersih.

GUNA PENARAFAN BINTANG NILAI TAHAP KEBERSIHAN TANDAS AWAM
-Jabatan Kesihatan Negeri meyasarkan semua tandas di seluruh fasiliti jabatan itu mencapai penarafan lima bintang pada 2018. Sebanyak 497 tandas melibatkan 105 di hospital serta 392 di Pejabat Kesihatan dan klinik-klinik di seluruh Terengganu.

IKRAR INTEGRITI KORPORAT
-Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi pentadbiran negeri pertama di Malaysia menandatangani Ikrar Integriti Korporat

MAJLIS PERUNDINGAN INTEGRITI NEGERI TERENGGANU (MPINT)
-Terengganu negeri pertama menubuhkan MPINT bagi menangani rasuah dan ketirisan. Perkara itu mendapat pujian daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BANDAR WAKAF PERTAMA MALAYSIA
-Terengganu merintis penubuhan Bandar Wakaf yang pertama di Malaysia. MAIDAM telah meluluskan peruntukan RM5juta untuk kerja-kerja awal yang terletak di pusat pentadbiran daerah Kuala Nerus di Gong Badak.

RESTORAN MAKANAN SEGERA HALAL ANTARABANGSA
-Pembukaan restoran makananan segera halal antarabangsa pertama di Malaysia, Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu. Chicken Cottage dimiliki oleh anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Inc mempunyai hampir 130 restoran di seluruh dunia.

TUTUP PREMIS PERNIAGAAN WAKTU SOLAT JUMAAT
-Semua pasar raya dan premis perniagaan di seluruh Terengganu ditutup selama dua jam bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada setiap hari Jumaat.

TURUNKAN HARGA RUMAH
-Menurunkan harga Rumah Mampu Milik (RMM) kepada RM68,000 daripada RM73,000. Bayaran bulanan diturunkan kepada RM189 daripada RM323. Bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus dihapuskan.

LONGGARKAN SYARAT PEMILIKAN RUMAH
-Melonggarkan syarat pemilikan rumah kediaman dengan menyediakan kuota 10 peratus rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan bujang.

RUMAH PERCUMA UNTUK KELUARGA MISKIN
-Membina 320 unit rumah teres Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) secara percuma kepada keluarga miskin di seluruh Terengganu yang bernilai RM40,000 seunit. Setiap DUN dibangunkan rumah PPRT 10 unit.

BAYARAN RUMAH SERENDAH RM50 SEBULAN
-Menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) hanya dengan kadar RM20,000 seunit atau bayaran bulanan serendah RM50 kepada keluarga miskin berbanding harga sebenar RM68,000 seunit. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) member subsidi sebanyak RM30,000 manakala kerajaan negeri menambah lagi subsidi berjumlah RM18,000. Jumlah subsidi RM48,000. Untuk permulaan, 50 unit rumah tersebut disediakan di RMM Kampung Batin, Seberang Takir.

DANA PEMBINAAN MASJID
-Terengganu menubuhkan Tabung Dana Pembinaan Masjid bagi mengumpul dana yang disumbangkan oleh pelbagai pihak untuk pembinaan masjid di seluruh negeri. Buat permulaan RM10 juta telah disumbangkan oleh kerajaan negeri.

PERINTIS KELAS KAFA SEKOLAH MENENGAH
-Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Terengganu akan melaksanakan Kelas KAFA Sekolah Menengah yang pertama di Malaysia.

SAMBUNG LEGASI BANTU MASJID LUAR NEGARA
-Kerajaan negeri menyerahkan wang zakat daripada MAIDAM kepada pihak pengurusan Masjid Darul Imaan di Sydney, Australia sebagai menyambung legasi era pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Bantuan itu dihentikan pada zaman pemerintahan PAS bermula tahun 1999.

INSTITUT TARANUM
-Terengganu melalui MAIDAM sedang menubuhkan Institut Taranum bagi melahirkan lebih ramai qari dan qariah. Tenaga pengajar terdiri daripada johan-johan qari dan qariah dari Terengganu seperti Dato’ Rugayah Sulong, Aminah Omar, Mohamad Awang Teh, Embat@Siah Mat Amin, Daud Che Man dan Ahmad Tirmizi Ali.

MADRASAH MODEN
-Terengganu merintis pembukaan pusat pengajian pondok moden yang dinamakan Madrasah Moden MAIDAM. Sehingga kini, tiga pondok moden telah beroperasi iaitu di Kuala Nerus, Besut dan Hulu Terengganu yang menempatkan 447 pelajar.

PONDOK MODEN UNTUK WARGA EMAS
-Pondok moden khas untuk warga emas iaitu Kompleks Desa Taqwa yang terletak di Kuala Telemong telah beroperasi Disember 2015. Kompleks yang dibina dengan kos RM10.9 juta itu milik Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Terengganu. Institusi tersebut akan menyediakan modul dan silibus pendidikan agama khas untuk golongan dewasa khususnya pesara-pesara guru selaras dengan konsep ‘pendidikan sepanjang hayat’.

PROGRAM PINTAR AL-QURAN
-Terengganu merupakan satu-satu nya negeri yang melaksanakan Program Pintar al-Quran di peringkat pra-sekolah sejak 2006 bagi melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran. Sejak diperkenalkan, seramai 67,347 kanak-kanak telah khatam al-Quran.

PROGRAM SAINTIS ISLAM TERENGGANU
-Anak Terengganu yang cemerlang akademik dan hafaz 30 juzuk al-Quran. Program kerajaan Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu, memilih seorang peserta bidang Aeroangkasa tahun lalu. Tahun ini, dua orang pelajar dari bidang kejuruteraan dipilih.

50 ILMUWAN ISLAM DALAM TEMPOH 12 TAHUN
-Seramai 50 pelajar Terengganu dipilih bagi menyertai program pengajian perintis di negara ini iaitu Al-syahadah Al-Ulya Ulul Albab untuk melahirkan ilmuwan Islam yang berpengetahuan luas dalam ilmu duniawi serta ukhrawi. Program selama 12 tahun anjuran kerajaan negeri itu melibatkan pengajian bermula dari peringkat menengah di SM Imtiaz-YT Besut hingga ke PhD di universiti luar Negara.

TUBUH KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU
-Kerajaan negeri menaik taraf Institut al-Quran Terengganu menjadi Kolej al-Quran Terengganu. Ia telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 23 Disember 2015 untuk menjalankan dua program diploma dengan kerjasama dua universiti dari Arab Saudi. Pusat pengajian itu dirancang sebagai sebuah Kolej Universiti pada masa akan datang.

TERENGGANU PERINTIS KOKURIKULUM KELAS AL-QURAN ORANG BUTA
-Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam (Pertis) Wilayah Terengganu menjadi perintis dalam memperkasakan kokurikulum al-Quran Braille di kelas mengaji yang dibuka sejak 2007 di Seberang Takir.

KSB CAPAI TAHAP PANGKALAN TERULUNG
-Kerajaan negeri memperuntukkan hampir 280 hektar tanah kepada Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB) untuk mencapai tahap sebuah pangkalan yang terulung di Semenanjung Malaysia. Peruntukan itu bertujuan melengkapi KSB dengan kemudahan pelabuhan dan gudang-gudang yang diperlukan pengusaha petroleum termasuk yang sedia ada dan yang baharu.

HUAXI GROUP LABUR RM2 BILION DI KSB
-Syarikat terkemuka dari China, Jiangsu Huaxi Group Corporation bersetuju melabur RM2 bilion dalam bidang perkapalan di Pangkalan Bekalan Kemaman.

LEMBAH SILIKA PERTAMA DI DUNIA
-Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. mengetuai sebuah consortium antarabangsa melabur antara RM450 juta hingga RM550 juta dalam tempoh lima tahun untuk membangunkan lembah silika yang pertama dunia di Setiu. Tapak projek pengeluaran pasir silika di kawasan seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang akan menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk silika dan sector berkaitan galian itu.

HAB TEKNOLOGI
-Kerajaan negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat gergasi di Malaysia, Cyberview Sdn. Bhd. bagi membangunkan hab teknologi di Terengganu.

PENUBUHAN MEN-T
-Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) ditubuhkan bagi merancang, melaksana dan memantau projek –projek ekonomi berimpak tinggi. Unit Projek Berimpak Tinggi ditubuhkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi merealisasikan misi ini.

T-INVEST
-Terengganu Investment Unit (T-Invest) akan menyelaras semua aktiviti dan projek pelaburan dalam pelbagai sector di bawah satu unit baharu yang dibentuk menerusi jawatankuasa khas. Ia bakal diangggotai golongan profesional daripada pelbagai bidang, sekali gus akan menjadi platform untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri dengan lebih pesat.

TAMAN POLIMER KERTIH TERIMA PELABURAN RM2.1 BILION
-2,500 peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan menjelang 2020 hasil pembangunan fasiliti bersepadu biometionina dan tiokimia pertama dunia di Taman Polimer Kertih dengan nilai pelaburan RM2.1 bilion.

MAKMAL TRANSFORMASI EKONOMI NEGERI TERENGGANU
-Pelaburan bernilai RM11.2 bilion bakal diterima bagi membiayai 61 inisiatif yang Berjaya dihasilkan sepanjang Makmal Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T). 61 inisiatif dar 18 Entry Point Projects (EPP) mewakili lima sektor teras iaitu sektor perkilangan, minyak dan gas, bioteknologi, Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), komunikasi, kandungan, infrastruktur dan teknologi baru (CCI-ET) dan pelancongan. Ia bakal menyediakan 39,170 peluang pekerjaan.

PROJEK TEBATAN AIR
-Projek Saliran Dan Tebatan Banjir Baruh Tok Jiring bagi fasa pertama yang melibatkan kos RM87 juta telah bermula mac 2015.

SELESAI KRISIS BEKALAN AIR BERSIH
-Dalam tempoh tiga tahun lagi, dua buah loji air yang lengkap dengan sistem saluran paip canggih bernilai RM2 bilion akan siap dibina bagi menyelesaikan krisis bekalan air bersih di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman.

JALAN DUA LORONG KEPADA EMPAT LORONG
-Pelebaran jalan sebelah pantai Kuala Terengganu ke Kemaman daripada dua lorong kepada empat lorong diteruskan secara berperingkat, termasuk di laluan Jambu Bongkok – Rantau Abang serta Rantau Abang – Kuala Abang.

SEDIA RM70 JUTA BINA BENTENG PEMECAH OMBAK
-Kerajaan Pusat memperuntukkan kira-kira RM70 juta bagi membina benteng pemecah ombak sejauh 3.2 kilometer di kawasan pantai Tok Jembal berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

JAMBATAN ANGKAT
-Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan di Sungai Terengganu telah memulakan pembinaannya sejak Disember 2014, berjalan mengikut jadual.

JAMBATAN PULAU SEKATI
-Jambatan Pulau Sekati sepanjang dua kilometer menghubungkan Losong dan Teluk Pasu dijangka siap pertengahan 2017.

SETIU WETLAND TAMAN NEGERI
-Kawasan seluas 400 hektar diwartakan di Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya, sekali gus menjadi tarikan pelancong.

PASAR BESAR KEDAI PAYANG
-Kerajaan Terengganu bersetuju membina Pasar Besar Kedai Payang yang baharu dengan mengikut aspirasi rakyat tanpa membina hotel tetapi mengekalkan warisan Terengganu khususnya jam besar dan replika perahu payang. RM78 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat bagi pembinaan Pasar Besar Kedai Payang baharu.

UPTOWN KT WALK
-Kerajaan negeri mewujudkan sebuah pasar malam untuk memberi peluang kepada peniaga kecil dan penjaja berniaga yang dikenali sebagai ‘Uptown KT Walk’

KENAIKAN INSENTIF PERSATUAN BELIA
-Kenaikan insentif tahunan dari RM2,000 kepada RM5,000 untuk semua persatuan belia yang dikategorikan sebagai aktif. Setiap persatuan belia cawangan mendapat RM2,000, belia daerah RM8,000 dan RM40,000 untuk persatuan belia peringkat negeri.

PUSAT PENTADBIRAN DAERAH BAHARU KUALA NERUS
-Daerah Kuala Nerus berkeluasan 39,890 hektar dengan populasi lebih 200,000, kini pesat membangun kedudukannya berhampiran dengan institusi pengajian tinggi, institut kemahiran dan industri di samping banyak projek perumahan. 

Projek penyediaan prasarana pusat pentadbiran itu dijangka menelan kos keseluruhan mencecah RM100 juta. RM20 juta dilaburkan untuk kerja-kerja tanah dan RM30 juta untuk menyelesaikan projek tebatan banjir. Pusat pentadbiran Bandar Baharu Kuala Nerus seluas 187 hektar diisytiharkan sebagai Bandar Al-Watiqu Billah oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

RANGKA TINDAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN TERENGGANU 2016-2020

-Makmal Penyediaan Rangka Tindakan Transformasi Pendidikan Terengganu 2016-2020 menggabungkan idea dan kepakaran ahli di bidang akademik dan bidang lain selaras  dengan prinsip ke-8 Transformasi Terengganu Baharu, iaitu Memperkasakan Pendidikan.

BONUS TAHUNAN
-Seramai 3,946 guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), guru Pintar al-Quran dan Khidmat Masyarakat menerima bonus RM500 daripada Kerajaan Terengganu melibatkan kos RM1.98 juta dan ia akan dijadikan bonus tahunan.

UTC TERENGGANU
-Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu di Paya Bunga Square adalah antara yang terbaik di negara ini kerana mempunyai pelbagai kemudahan lengkap pada satu tempat.

Ianya menempatkan 30 pejabat termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta selain dilengkapi kemudahan pusat rekreasi merangkumi gelanggang futsal, pusat memanah, gelanggang ping pong, pusat snuker dan pusat belia untuk aktiviti Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB
-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut menjadi perintis program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab yang dilancarkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Penubuhan  3 buah Sekolah Menengah Imtiaz baru di Marang, Setiu dan Kuala Nerus
Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh Imtiaz Elit

Program Saintis Islam iaitu penajaan 3 pelajar hafiz daripada Imtiaz ke universiti luar negara dalam bidang Kejuruteraan Angkasa sehingga ke peringkat PhD

KOMPLEKS IMTIAZ KEMAMAN DIBUKA
-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kemaman yang dibangunkan dengan kos RM55.7 juta di kawasan seluas 35 hektar di Kijal akan menjadi sekolah Imtiaz kedua yang beroperasi di bangunannya sendiri di Terengganu pada Januari 2016.

INSENTIF SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NEGARA (SSPN-i)
-Kerajaan negeri akan meneruskan insentif kepada murid yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berupa Skim Simpanan Pendidikan Negara (SSPN-i) sebanyak RM500 seorang.

TABUNG DARUL IMAN
-Dana yang disediakan kerajaan negeri iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Dana Sosial Perubatan dan Tabung Penyakit Kronik bagi membantu rakyat negeri ini diselaraskan menjadi satu tabung iaitu Tabung Darul Iman.

PUSAT REHABILITASI 1MALAYSIA (PR1M)
-PR1M telah dan akan diwujudkan di semua daerah termasuk di Seberang Takir, Batu Rakit, Jertih, Bandar Al-Muktafi Billah Shah hasil kerjasama Kementerian Kesihatan dan MAIDAM.

HOSPITAL UNISZA DIBINA DI GONG BADAK DENGAN KAPASITI 400 KATIL DIJANGKA SIAP 2017

KUALA TERENGGANU SPEACIALIST (KTS) MILIK ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI TERENGGANU, TDM BERHAD

PUSAT RAWATAN IBU DAN BAYI, HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ)
NAIK TARAF PADANG HOKI MBKT
-Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM3.2 juta untuk menaik taraf padang hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok, Kuala Terengganu.

PASUKAN HOKI TERENGGANU KEKAL JUARA
-Pasuka Hoki Terengganu (THT) berjaya kekal sebagai juara Piala TNB di pentas final Liga Hoki Malaysia 2016. Kemenangan tersebut sekali gus menjadikan THT mempertahankan juara berganda buat tiga kali berturut.

SKIM HADIAH KEMENANGAN
-Skim Hadiah Kemenangan kepada atlet Terengganu yang telah mengharumkan nama Malaysia pada kejohanan Sukan SEA ke-28 di Singapura. Seramai 26 orang atlet termasuk tiga jurulatih menerima Skim Hadiah Kemenangan dengan jumlah keseluruhan RM59,500.

TREK BASIKAL LASAK BERTARAF DUNIA
-Terengganu membangunkan trek berbasikal lasak bertaraf dunia apabila Trex BMX Dungun di Bukit Bauk akan dinaiktaraf.

HOSPITAL KUDA PERTAMA DI PANTAI TIMUR
-Kerajaan negeri berjaya merealisasikan hasrat pemilik-pemilik kuda di sekitar Pantai Timur apabila Hospital Ekuin pertama diwujudkan di Terengganu International Equestrian Park (TIEP), Lembah Bidong.

SSPN-I UNTUK BAYI BARU LAHIR
-Hadiah RM100 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk setiap bayi yang lahir tahun ini, bermula 1 Januari 2015.

BANTUAN RM200 SEBULAN UNTUK PENARIK BECA DAN BOT PENAMBANG
-Bantuan RM200 sebulan untuk penarik beca roda tiga dan pemilik bot penambang.

E-REZEKI
-Terengganu perintis program e-Rezeki bagi membantu golongan muda yang celik teknologi maklumat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Setakat ini, e-Rezeki ditubuhkan di dua lokasi iaitu Pusat Latihan ICT Negeri, Paya Keladi dan Koperasi Pembangunan Kemaman.
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu menyediakan peruntukan khas sebanyak RM20 juta untuk membantu golongan ibu tunggal mempertingkatkan taraf ekonomi mereka.

BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR
-Bantuan RM1,000 kepada kira-kira 17,000 keluarga mangsa banjir di seluruh Terengganu. RM500 daripada kerajaan negeri dan RM500 lagi daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu.

MADU OLE-OLE TERENGGANU
-Kerajaan negeri mensasarkan 40 metrik tan madu lebah dan 20 metrik tan madu kelulut dengan perolehan pendapatan RM4.1 juta pada tahun 2015. Selain mempunyai Pusat Apiari Zon Timur di Taman Pertanian Sekayu, Terengganu mempunyai lebih 600 pemungut madu lebah. Pusat Pembangunan Industri Madu bernilai RM1.7 juta akan dibina di Chendering.

PENTERNAKAN TERUMBU KARANG
-Terengganu dipilih untuk menjadi perintis bagi membangunkan projek penternakan terumbu karang di Semenanjung Malaysia. Pulau Bidong dipilih menjadi lokasi projek itu melibatkan 20 nelayan tempatan.

MELON MANIS TERENGGANU KE PASARAN ANTARABANGSA
-Terengganu negeri pertama memasarkan hasil Melon Manis untuk pasaran antarabangsa seperti Jepun dan Singapura yang diusahakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Tok Dor, Jertih. Sebanyak 444 unit Struktur Perlindungan Hujan didirikan dengan kapasiti pokok berjumlah 222,000 dengan jangkaan pengeluaran 666 tan metrik dengan nilai RM2 juta setiap pusingan atau RM6 juta setahun.

KT NIGHT MARKET
-Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bakal menyediakan 92 premis perniagaan termasuk lot kedai dan petak penjaja di KT Night Market yang terletak di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.
Premis yang dibangunkan menerusi Lembaga Tabung Amanah Warisan tersebut mula dibina bermula Julai tahun lalu menelan belanja hampir RM14 juta.

NASI DAGANG SEJUK BEKU
-Penjenamaan produk T’Dagang bertujuan untuk memasarkan nasi dagang ke pasaran yang lebih luas dengan mengekalkan ciri-ciri keaslian nasi dagang dengan rasa yang enak dan kualiti terjamin.

AKUAPOLITAN KUALA NERUS
-Terengganu merintis projek untuk membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan keluarga nelayan. Akuapolitan Kuala Nerus, akuapolitan pertama di Malaysia mensasarkan penglibatan 451 peserta dalam industri berkaitan perikanan. Projek kerjasama antara kerajaan negeri, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu terdiri daripada beberapa komponen; Terminal Perikanan, Perkampungan Pemprosesan Ikan dan Akuapolitan Total Marine Solutions Centre.

MUZIUM MAYA TERENGGANU
-Terengganu memperkenalkan Muzium Maya bagi membolehkan 33,000 bahan sejarah dan artifak milik Lembaga Muzium Negeri Terengganu dapat dilihat melalui capaian secara interaktif. Muzium Maya Terengganu yang diwujudkan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia itu adalah pertama di Malaysia dan ketiga di dunia. Kemudahan itu boleh dicapai melalui laman sesawang www.ftsm.ukm.my /museummaya, selain menyediakan kemudahan interaktif di setiap ruangan pameran di Muzium Negeri Terengganu.

BANDAR MESRA PEJALAN KAKI
-Kuala Terengganu dipilih sebagai salah satu bandaraya perintis bagi Projek Bandar Mesra Pejalan Kaki yang mesra pengguna. Pemilihan Kuala Terengganu sebagai projek perintis adalah berdasarkan faktor pertumbuhan perbandaran pesat.

HOME MANAGER
-Terengganu perkenal program Home Manager iaitu kerjaya sebagai pengurus kediaman orang tempatan yang terlatih dan berkemahiran. Diuruskan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Sehingga Mei 2016, YPKT telah berjaya melahirkan 92 orang Home Manager dan berkhidmat di 79 majikan dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan.

PROJEK LIVE STREAMING PBT
-Majlis Daerah Marang (MDM) antara enam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini menjadi perintis kepada projek Live Streaming yang diperkenalkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. MDM memperolehi empat bintang dalam penilaian Star Ranking peringkat PBT dan portal bertaraf lima bintang selama 5 tahun berturut-turut berakhir 2014.

LORI SAMPAH BERWAJAH BAHARU
-Terengganu menyediakan lori sampah berwajah baharu secara berperingkat. Buat permulaan 10 buah disediakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jika sebelum ini lori sampah ditempah dari luar negara dengan harga lebih RM600,000 seunit, tetapi kini ia dibeli dari Sumai Engineering Sdn Bhd dengan kos RM300,000 seunit.

TERENGGANU BEKAL AIR BERSIH KE KELANTAN
-Terengganu melalui anak syarikat kerajaan negeri, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memeterai MOU dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi membekalkan air terawat kepada 1,200 pemegang akaun di Kelantan.

PROGRAM JOM AJAR NGAJI
-Wujudkan 80 peluang kerja baru kepada khususnya graduan bidang Pengajian Islam melalui pembukaan kelas al-Quran di seluruh negeri.

BANTUAN PERSEKOLAHAN 2017
-Kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM10.5 juta untuk Dana Bantuan Persekolahan yang melibatkan 105,000 pelajar seluruh Terengganu pada tahun ini.

LITAR LUMBA BERTARAF ANTARABANGSA
-Litar Lumba bertaraf antarabangsa melibatkan kos RM12.7 juta yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka siap sepenuhnya Januari 2017.
Ianya akan dilengkapi dengan komponen utama seperti litar cub prix sepanjang 1.35 kilometer, sprint test 0.95 kilometer, drift, tempat duduk penonton serta menara tinjau.

TABUNG PENDIDIKAN TINGGI YAYASAN TERENGGANU
-Kerajaan negeri menyediakan RM2 juta untuk Tabung Pendidikan Tinggi Yayasan Terengganu (YT) bagi membantu pelajar yang tidak mendapat sebarang tajaan pembiayaan pelajaran luar negara.

BOT TAMBAHAN HADAPI BANJIR
-Kerajaan negeri memperuntukkan RM800,000 untuk pembelian 80 unit bot tambahan sebagai persediaan menghadapi banjir di Terengganu untuk tahun 2016.

JAKET KESELAMATAN PERCUMA
-Kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 untuk menyediakan jaket keselamatan kepada 2,400 nelayan Zon A untuk meningkatkan tahap keselamatan mereka apabila berada di lautan.

ATLET SUKMA TERIMA RM1.5 JUTA
-Kerajaan negeri terus mengiktiraf kecemerlangan atlet Terengganu apabila memperuntukkan lebih RM1.5 juta sebagai insentif kemenangan di Sukan Malaysia (SUKMA) pada edisi ke-18 di Sarawak.
Pada temasya Sukma edisi ke-18 baru-baru ini, Terengganu berada di tangga ketiga dengan memungut 47 emas, 42 perak dan 44 gangsa manakala Selangor di kedudukan pertama dan tuan rumah, Sarawak di tempat kedua.

DITC PUSAT LATIHAN BERIMPAK TINGGI
-International Training Centre (ITC) Teluk Kalong diberikan penjenamaan semula dan akan dikenali sebagai Darul Iman Training Centre (DITC).

ADIQ HUSAINIE OTHMAN TERBAIK ASIA
-Sejarah baharu terpahat apabila Adiq Husainie Othman dari Terengganu Cycling Team (TSG) muncul pelumba tempatan pertama berjaya merangkul gelaran Terbaik Asia (jersi putih) selain menduduki anak tangga ke-21 secara keseluruhan dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016.

EXCO, KETUA JABATAN GUNA APLIKASI BAHARU DALAM IPAD
-Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ketua jabatan kerajaan berkaitan kebajikan dan perkhidmatan hal ehwal masyarakat di negeri ini akan dibekalkan kemudahan gajet baharu berupa iPad sebagai usaha memudahkan penyelesaian masalah rakyat secara terus menerusi sistem e-Aduan.

KEMUDAHAN ASAS PULAU BIDONG
-Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM1.5 juta bagi menyediakan kemudahan asas di Pulau Bidong yang bakal menjadi tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

PREMIS MAKANAN GRED A
-Kerajaan Terengganu optimis jadikan premis makanan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dan Chukai, Kemaman sebagai Zon Premis Makanan Gred A sebagai persediaan Tahun Melawat Terengganu 2017.

MEDAN SELERA MBKT BATU BUROK
-Medan Selera MBKT Batu Burok 3 yang terletak di tapak parkir KFC Batu Burok, Kuala Terengganu yang dalam pembinaan dan dijangka bakal siap tidak lama lagi.

PEJABAT SEKRETARIAT PERMATA
-Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) menerima pejabat operasi nya sendiri yang bernilai hampir RM100,000 di Menara Yayasan Terengganu yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Selain dari Kuala Lumpur, Permata turut mempunyai pejabat operasinya di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru untuk Zon Selatan.

MUZIUM KEROPOK
-Rumah Haji Su yang terletak di Kampung Losong Haji Su siap dibaik pulih dan dijadikan sebagai Muzium Keropok. Rumah yang kini sudah berusia 163 tahun tersebut diperbuat daripada kayu cengal dan mempunyai 70 tingkap serta 12 pintu besar.

PORTAL E-DAGANG, PAYANG.MY LUASKAN PASARAN PRODUK TEMPATAN
-Portal e-Dagang yang dikenali Payang.my dilancarkan bagi meluaskan pasaran produk tempatan ke pasaran global secara percuma.
WASTE TO WEALTH JANA RM236 JUTA KDNK TERENGGANU 2020
- Waste To Wealth akan diwujudkan di Sungai Ikan Gemuroh Kuala Nerus adalah projek pemprosesan sisa buangan ini menggunakan teknologi dari negara Denmark yang dikenali sebagai REnescience merupakan teknologi hijau yang mesra alam.

MOU BINA LOJI RAWATAN AIR KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS
- Kerajaan negeri Terengganu melalui Syarikat Air Terengganu (SATU) telah menandatangani satu kontrak mereka bentuk dan membina Loji Rawatan Air & Retrofiting dengan syarikat Konsortium Amanie IV Sdn Bhd bagi kegunaan 150,000 buah rumah.

MOU PEMBANGUNAN SEMULA KOMPLEKS BAZAR WARISAN DITANDATANGANI
- Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Pembangunan Semula Kompleks Bazar Warisan Kuala Terengganu telah ditandatangani antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat hartanah Wei Amber Group Sdn Bhd.

“Kerajaan negeri yakin mampu mencapai sasaran peningkatan KDNK negeri secara purata sebanyak 8 peratus setahun dari tahun 2015 hingga 2020 iaitu meningkat daripada RM20.5 bilion pada tahun 2013 kepada RM33.8 bilion pada tahun 2020. Sasaran itu adalah realistik berdasarkan peranan yang dimainkan pemain industri dan MEN-T”


















Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU SEPANJANG 2016
APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU SEPANJANG 2016
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrhhaCYP4UHq5trHyOMg2d5TeCKRu-ITxljluLz7-Y-JmiExd5xIkza_8cQh0ELEZV7uSj-KUpSkPO5QvQeL6AeCgzwg-vl_zdibV0lEB4C1ukKpPPMNJCrARiKIyL0faTljiLxV5C5Kh_/s640/sk28a.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrhhaCYP4UHq5trHyOMg2d5TeCKRu-ITxljluLz7-Y-JmiExd5xIkza_8cQh0ELEZV7uSj-KUpSkPO5QvQeL6AeCgzwg-vl_zdibV0lEB4C1ukKpPPMNJCrARiKIyL0faTljiLxV5C5Kh_/s72-c/sk28a.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/apa-yang-berlaku-di-terengganu.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/apa-yang-berlaku-di-terengganu.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy