Britain, NATO Dituduh Dalangi Pembunuhan Duta Rusia Di Turki

MOSCOW –  Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diheret sama dalam kes pembunuhan Duta Rusia ke Turki pada Isnin selepas ...

http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2016/12/Rusia-2.jpg
MOSCOW – Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diheret sama dalam kes pembunuhan Duta Rusia ke Turki pada Isnin selepas kedua-dua pihak itu didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden terbabit.
Mangsa, Andrey Karlov dibunuh oleh polis Tukri, Mevlut Mert Altintas, 22, dalam kejadian yang disifatkan Rusia sebagai tindakan keganasan.
Namun pemimpin kumpulan ultranasionalis Rusia, Vladimir Zhirinovsky mempersalahkan Britain atas kejadian tragis itu dengan dakwaan insiden itu bertujuan menghalang lawatan akan datang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ke Moscow untuk mengukuhkan hubungan dengan Presiden Vladimir Putin.
“Blok Barat cuba mencetuskan perbalahan antara kita (Turki dan Rusia). Semua konflik didalangi oleh Britain.
“Insiden tersebut dilakukan dengan sengaja bagi menjejaskan lawatan Erdogan. Kini lawatan itu pasti akan ditangguhkan,” katanya.
Sementara itu, Senator Rusia, Frantz Klintsevich yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Rusia, menuding jari kepada NATO ekoran pembunuhan Karlov.
“Mungkin kejadian itu didalangi Daesh atau pemberontak Kurdis yang cuba menggugat kedudukan Erdogan.
“Tetapi kemungkinan besar wujud gerakan daripada perkhidmatan rahsia NATO dalam insiden berkenaan.
“Tragedi yang berlaku merupakan satu provokasi jelas dan cabaran besar kepada Rusia,” katanya.
Dalam kejadian terbabit, Karlov, 62, ditembak sebanyak sembilan das oleh Mevlut ketika beliau sedang menyampaikan ucapan pada satu majlis pameran seni di Ankara.
Mevlut kemudiaan ditembak mati oleh pihak berkuasa Turki dan polis turut menahan ibu serta kakak suspek untuk membantu siasatan. – mstar

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Britain, NATO Dituduh Dalangi Pembunuhan Duta Rusia Di Turki
Britain, NATO Dituduh Dalangi Pembunuhan Duta Rusia Di Turki
http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2016/12/Rusia-2.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/britain-nato-dituduh-dalangi-pembunuhan.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/britain-nato-dituduh-dalangi-pembunuhan.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy