Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membawa usulnya dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 70 pada minggu lalu dengan menyuarakan 30 perat...
Pergerakan
Pemuda UMNO Malaysia telah membawa usulnya dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 70
pada minggu lalu dengan menyuarakan 30 peratus
calon pilihanraya umum nanti calonnya dari golongan muda.
Katanya
Ketuanya, YB Khairy Jamaluddin (KJ), untuk mendepani masa yang akan datang,
perlu melihat idea-idea baru dan semesti dari golongan muda.
Beliau
turut menyatakan dengan medepani gagasan Transformasi Nasional Negara 2050
(TN50) yang akan dibawa oleh orang muda dan seharusnya presiden parti melihat
perkara ini.
Katanya
lagi, bukan untuk menidakkan keupaya para pemimpion yang ada kini akan tetapi untuk
terus memberi nafas baharu kepada UMNO secara keseluruhannya bagi memberi tenaga
yang lebih kuat dan bermutu kepada rakyat golongan tersebut.
"Golongan muda perlu diberi tempat untuk memberi sumbangan tenaga dan juga buah pemikiran bagi menjaya misi dan visi kerajaan dengan transformasi yang diumumkan kerajaan,'katanya.
Sehubungan
dengan itu, Pengerusi Kelab Anak Muda Inovatif Bandar Kuala
Terengganu - KAMI Mohd Zamani Ayob berkata,
saranan itu wajar difikirkan oleh kempimpinan UMNO pusat dan juga negeri untuk
mengorak langkah meremajakan UMNO kini.
Menurut
beliau, pengerusi perhubungan negeri perlu memandang perkara ini dan wajar
dipertimbangkan oleh pengerusi badan perhubungan serta presiden parti.
Katanya,
60 peratus rakyat serta pengundi untuk PRU 14 nanti adalah dari kalangan
orang-orang muda dan seharusnya wakil mereka yang cukup memahami kehendak dan
keperluan mereka sekarang ini.
"Banyak
isu orang muda sekarang ini seperti perumahan kepada mereka yang perlu dilihat
sebagai keperluan asas bagi membina keluarga yang harmoni'
"Kita
golongan muda kebanyakannya ramai yang tinggal dengan keluarga lagi selepas berkahwin dan mempunyai anak dan tambahan
itu ianya keperluan sangat kritikal ketika ini,
"Golongan
ini patut dipandang serius dan menjadi matlamat kerajaan untuk menyelesaikan
permasalahan ini dan dalam masa yang sama juga faktor pekerjaan, ujurnya.
Selain
itu, beliau cukup merasa bangga seandainya pemohonan itu diterjemahkan untuk
PRU 14 nanti dan melihat kesegaran dalam kepimpinan negeri dan negara dimasa
akan datang.
COMMENTS