Seramai 63 mangsa banjir bagi daerah Kemaman dengan 3 pusat pemindahan telah dibuka di SMK Badrul Alam Shah menempatka 8 keluarga dan...
Seramai 63 mangsa banjir bagi daerah Kemaman
dengan 3 pusat pemindahan telah dibuka di SMK Badrul Alam Shah menempatka 8
keluarga dan 26 mangsa yang telah dikemaskini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) menerusi aplikasi Info Banjir JKM.
Manakala Balairaya Kampung Padan Kemunting telah
menerima 3 keluarga dan melibatkan 16 mangsa serta Balairaya Kampung Batu 9,
Ibok dengan 6 keluarga dan 21 mangsa yang telah dipindahkan.
Keseluruhan pemindahan banjir setakat jam 11.30 pagi ini telah melibatkan perpindahan mangsa banjir bagi daerah Kemaman
seramai 63 orang dan 17 keluarga.
Pecahan daripada itu, 22 lelaki dewasa, 20
perempuan dewasa, 14 kanak-kanak lelaki, 5 kanak-kanak perempuan dan 2 bayi
terlibat setakat ini di 3 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka. -my
terengganu
COMMENTS