Kadar jenayah menurun namun persepsi terhadap PDRM tidak meningkat -TPM Editorial

  KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kadar jenayah dalam negara berkurangan antara 4.2 pe...

 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kadar jenayah dalam negara berkurangan antara 4.2 peratus hingga 12.6 peratus dari 2011 hingga tahun lepas.

Namun begitu persepsi masyarakat terhadap kejayaan penurunan indeks itu tidak meningkat.
 
"Masih wujud prasangka terhadap pihak polis dan ada di antara kita tidak mahu mengakui hakikat bahawa pihak polis telah menjalankan tugas.

"Pada waktu yang sama ada sesetengah media tidak mahu mengakui hakikat dan pencapaian ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Chia Song Cheng pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.
Chia ingin tahu statistik kadar kes jenayah seluruh negara dan usaha kementerian mengubah persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejayaan penurunan ini hasil program penurunan kadar jenayah yang dilakukan Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai pendekatan termasuk soal pencegahan, pembanterasan dan pendakwaaan.
"PDRM sentiasa berusaha untuk mengurangkan peratusan indeks jenayah ini dan komited untuk bekerjasama dengan seluruh agensi penguatkuasaan dalam menjayakannya," katanya kepada soalan tambahan Senator Datuk Megat Zulkarnain Wan Omardin.


Sumber: Bernama

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Kadar jenayah menurun namun persepsi terhadap PDRM tidak meningkat -TPM Editorial
Kadar jenayah menurun namun persepsi terhadap PDRM tidak meningkat -TPM Editorial
http://kitaikini.com/pictures/4291_Semasa_ZH.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/kadar-jenayah-menurun-namun-persepsi.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/kadar-jenayah-menurun-namun-persepsi.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy