Majukan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Dan Penternakan -teganukita.net

Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penternakan yang dilihat amat berpotensi untuk dikembangkan secara k...


Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penternakan yang dilihat amat berpotensi untuk dikembangkan secara komersil di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri serta Jabatan Pertanian Negeri sedia memberi inisiatif kepada penternak dan petani yang berdaya maju untuk mereka mengusahakan tanah-tanah terbiar yang ada.

“Masih banyak tanah-tanah yang boleh diusahakan sebagai ladang penternakan dan kita akan terus memberi sokongan kepada golongan ini untuk membangunkan tanah secara sewaan atau sebagainya supaya dapat menjana pendapatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan yang penting akan memberi keuntungan kepada mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian pembukaan Ladang NFK Prima Farm dan Penyerahan kambing Akikah di kampung Tebakang, Bukit Payong, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri ingin menggalakkan orang ramai menjadikan sektor pertanian dan penternakan sebagai bidang keusahawanan.
“Kita mengharapkan lebih ramai lagi selepas ini pengusaha-pengusaha menjalankan penternakan seperti kambing contohnya, supaya negeri Terengganu terus berkembang menjadi pengeluar produk berasaskan daging sekali gus berupaya memenuhi keperluan yang masih belum mencukupi dalam sektor ini.

“Malah, kita menggalakkan mahasisiwa lepasan universiti khususnya mengambil peluang ini yang terbukti memberi pulangan lumayan kepada mereka yang komited mengusahakannya,” ujarnya.

Sementara itu, A.latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkalan Berangan turut memuji usaha tiga anak muda yang menubuhkan NFK Prima Farm sebagai pembekal kambing utama pantai Timur.

“Ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Kita mengharapkan NFK Prima Farm terus berkembang maju dalam menjalankan perniagaan sebagai pembekal dan penternak kambing baka, pembekal daging kambing segar dan sejuk beku dan juga sebagai pembekal makanan dan peralatan penternakan,” ujarnya.

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Majukan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Dan Penternakan -teganukita.net
Majukan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Dan Penternakan -teganukita.net
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggJhd69gfkF50tuslZffjz6cSB_ObiJQynjnS4JbhcDZBAoDnRE43q_nQ7mPikpJmaN2ywojSuAlvVqfxUrnMWc3CjY5aDwJZQddVR8Fu5fhc15fgXnoIyjYpqUcNs8yNUyYXyzA4e6g/s1600/3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggJhd69gfkF50tuslZffjz6cSB_ObiJQynjnS4JbhcDZBAoDnRE43q_nQ7mPikpJmaN2ywojSuAlvVqfxUrnMWc3CjY5aDwJZQddVR8Fu5fhc15fgXnoIyjYpqUcNs8yNUyYXyzA4e6g/s72-c/3.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/majukan-tanah-terbiar-untuk-pertanian.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/majukan-tanah-terbiar-untuk-pertanian.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy