KUALA NERUS : Ombak besar kembali melanda negeri Terengganu yang mana menjadi igauan ngeri kepada penduduk di persisiran pantai ...
KUALA NERUS : Ombak besar kembali melanda negeri Terengganu yang mana menjadi
igauan ngeri kepada penduduk di persisiran pantai dan tidak terlepas penduduk di Kampung
Tanjung Gelam sejak seminggu lalu disini.
Kampung Tanjung Gelam antara yang berisiko
apabila angin kecang berserta ombak besar kerana rumah penduduk yang sangat
hampir dengan persisir pantai tersebut.
Menurut mangsa yang terlibat Mohd Yahya Muda ,
54, beliau dan keluarga amat risau melihat keadaan ombak yang besar menimpa pantai
yang sudah meruntuhkan sebahagian dapur rumahnya.
Katanya, walaupun kerajaan telah membuat tembok
pemecah ombak sebelum ini di kawasan itu, namum ianya masih gagal menghalang
kejadian ini.
"Risau juga dengan keselamatan diri dan
keluarga kerana ombak besar itu sedang memecahkan sebahagian dapur rumah saya.
"Saya berharap pihak berwajib dapat lakukan
sesuatu demi keselamatan penduduk di sekitar pantai ini, katanya kepada penulis
myterengganu.com.
Selain dari itu , Mohd dan keluarga telah
bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan akan mengikut arahan
sekiranya diarahkan berpindah.
Tambahnya, beliau dan penduduk pantau sudah
hampir 2 tahun menghadapi keadaan ombak besar ini dan berharap pihak berwajib
cepat menyelesaikan masalah yang ada ini.
"Rumah saya ini satu bilik tidur dan
sebahagian dapur sudah dibawa ombak dan sekarang ini bilik mandi pun sudah
sedikit demi sedikit dihakis ombak,
"Pada waktu malam air pasang besar serta
pukulan ombak boleh mencecah 2 hingga 3 meter dan angin yang kencang yang mana
membuatkan kami sekeluarga tidak dapat melelapkan mata pada waktu malam,
"Sekarang ini, saya bersama 7 orang anak
masih menghuni rumah usang ini dan antara rumah yang paling hampir dengan
pantai selain 10 rumah penduduk yang lain di sini," ujurnya lagi.
Sehubungan dengan itu, anggaran kerugian yang
ditanggung beliau sejak hakisan pantai ini berlaku sejak 2 tahun lalu hampir
RM20,000.
Beliau juga tidak menafikan akan sumbangan
kerajaan yang telah mengambil inisiatif jangka pendek bagi menyelamatkan
rumah-rumah penduduk dikawasan pantai itu.
Katanya lagi, pada kejadian tahun lepas kerajaan
telah menawarkan tapak penempatan yang baharu kepada penduduk yang terlibat
akan tetapi penyelarasan itu masih ditunggu-tunggu setelah hampir setahun
berlalu.
COMMENTS