Teknologi Hijau Dibangunkan Di Bumi Terengganu " Waste To Wealth"

Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek Waste To Wealth di antara Dato Wan Nawawi Wan Ismail (kiri) dengan IR Mo...

img-20161130-wa0059
Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek Waste To Wealth di antara Dato Wan Nawawi Wan Ismail (kiri) dengan IR Mohamad Adan Yusof.
Pelaksanaan projek Waste To Wealth bakal menjana RM236 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Terengganu iaitu kenaikan daripada 4 peratus kepada 8 peratus menjelang tahun 2020.
Waste To Wealth akan diwujudkan di Sungai Ikan Gemuroh KUala nerus adalah projek pemprosesan sisa buangan ini menggunakan teknologi dari negara Denmark yang dikenali sebagai REnescience merupakan teknologi hijau yang mesra alam.
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Terenggganu adalah negeri pertama yang menjadi perintis di Malaysia dan Asia Tenggara di mana projek ini telah terbukti berjaya dilaksanakan di negara Eropah.
Waste To Wealth dikenal pasti semasa Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu hasil kerjasama dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada tahun lepas.
‘Melalui teknologi REnescience ini sisa-sisa perbandaran dari Majlis Perbandaran Kuala Terengganu yang berjumlah antara 400 hingga 500 tan metrik setiap hari akan diproses dan menjadi bahan-bahan yang mempunyai nilai ekonomi bernilai tinggi’.
‘Bahan-bahan organik yang diproses oleh loji REnescience akan mengeluarkan boi methane yang boleh menjana tenaga elektrik dan mengikut kajian ia mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 5 mengawatt setiap hari yang akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (sebaik beroperasi kelak)’.
‘Selain itu bahan-bahan bukan organik seperti plastik dari sisa perbandaran ini diproses semula dan boleh menghasilkan 40,000 liter diesel setiap hari dan bahan-bahan bukan organik ini boleh diproses untuk menghasilkan resin yang akan menjadi bahan mentah bagi penghasilan produk plastik’.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek Waste To Wealth di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Terengganu yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Wan Nawawi Wan Ismail di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Hadir sama dalam majlis ini Duta Denmark ke Malaysia Nicolai Ruge.
img-20161130-wa0057img-20161130-wa0069Projek ini menerima pelaburan sebanyak RM280 juta iaitu 100 peratus dana daripada syarikat Mercu RE Solution sementara kerajaan negeri hanya menyediakan tapak loji dan projek ini dijangka menyediakan 100 peluang pekerjaan baru di Terengganu.
Projek ini akan bermula pada tahun depan dan beroperasi pada 2019 dengan kerajaan negeri memberi tempoh konsesi selama 25 tahun kepada syarikat Mercu. – Terengganu Times

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Teknologi Hijau Dibangunkan Di Bumi Terengganu " Waste To Wealth"
Teknologi Hijau Dibangunkan Di Bumi Terengganu " Waste To Wealth"
https://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2016/11/IMG-20161130-WA0059-500x281.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/teknologi-hijau-dibangunkan-di-bumi.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/teknologi-hijau-dibangunkan-di-bumi.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy