Tiada tarikh tamat tukar kad ATM

  Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pihak bank bakal mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tid...

 
Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pihak bank bakal mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapkan.
BNM dalam satu kenya­taan menerusi Facebook hari ini turut menegaskan, orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu.
“Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.
“Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu,” kata kenyataan tersebut.
Kenyataan itu menambah, pihak bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada untuk transaksi pembelian.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1 300 88 5456.
Baru-baru ini, orang ramai mula menyerbu bank untuk menukarkan kad bank mereka kerana bimbang kad tersebut tidak dapat digunakan dan akan dikenakan caj selepas satu mesej amaran mengenainya menjadi viral di laman-laman sosial. - K! ONLINE

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Tiada tarikh tamat tukar kad ATM
Tiada tarikh tamat tukar kad ATM
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2016/1217/Kosmo/Terkini/bt_24.1.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/tiada-tarikh-tamat-tukar-kad-atm.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/12/tiada-tarikh-tamat-tukar-kad-atm.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy