Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri terengganu ( PMINT), Samiun Salleh Masuk percuma bagi menyaksikan pesta Air Pancut...
Masuk percuma bagi menyaksikan pesta Air Pancut berirama atau lebih dikenali "light and sound show" di Taman Tamadun Islam (TTI) sempena #VisitBeautifulTerengganu2017 pada 1 Januari ini.
Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri terengganu ( PMINT), Samiun Salleh berkata, kerajaan negeri peruntukkan satu malam untuk pengunjung mengenali dan melihat sendiri keunikkan pesta ini.
Katanya, pertunjukkan ini akan bermula jam 8.00 malam sehingga 12 .00 malam pada 1 Januari 2017 sempena sambutan TMT 2017 yang berlangsung selama 3 hari.
" Orang ramai boleh berkunjung beramai-ramai bawa keluarga bersantai sambil menyaksikan pesta cahaya dan bunyi ini.
" kebiasaannya pada hari-hari biasa akan dikenakan bayaran untuk menyaksikan pertunjukkan ini, namun kita bagi masuk percuma pada tarikh dan waktu tersebut, katanya kepada penulis Terengganu Times.
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga di TTI sepertu berbasikal, menyusuri sungai dengan menaiki river cruise, Taman monumen ( 22 replika masjid daripada 21 negara) dan menyaksikan keindahan Masjid Kristal yang sangat terkenal di Malaysia.
COMMENTS