kredit Foto By (Si Ayam Ba) Air BAH (banjir) yang melanda kawasan Hulu Terengganu kini sudah mula mengalir ke kuala sungai Terengganu da...
![]() |
kredit Foto By (Si Ayam Ba) |
Fenomena ini biasa berlaku ketika musim tengkujuh melanda dan perubuhan monson yang melanda pantai timur terutama negeri Terengganu.
Kejadian banjir yang didorong dengan limpahan air sungai dikuala juga mengakibatkan beberapa kawasan seperti berlaku di Kuala Nerus ketika ini.
Malam ini juga pertembungan air pasang dengan air dari hulu berlaku dan mengakibatkan banjir di kawasan yang berhampiran sungai Terengganu.
Jumlah banjir terkini bagi daerah Kuala Nerus semakin meningkat dengan 955 mangsa perpindah di 3 pusat Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Sekolah Kebangsaan Gemuruh dan Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong yang melibatkan 235 keluarga.
Selain itu air yang mula naik di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak sejak petang tadi dan diminta penduduk kawasan berkenaan berjaga-jaga serta mendengar arahan pihak berwajib sekiranya diarahkan berpindah.
Manakala pusat pemindahan banjir di daerah Kemaman, Hulu Terenggan dan Besut telah ditutup sepenuhnya hari ini serta keadaan kembali seperti biasa.
Bagi proses pembersihan premis kerajaan seperti sekolah, Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) telah digerakkan keseluruhan kawasan yang telibat.
Seramai 400 orang SSTTB akan ke Besut untuk membersihkan beberapa sekolah yabg dilanda banjir dan menjadi pusat pemindahan mangsa banjir untuk pembersihan keseluruhan kawasan.
Agensi dan jabatan kerajaan turut sama bersama SSTTB esok bagi tujuan pembersihan tersebut.
COMMENTS