Apartmen dan lot tanah untuk pengunjung - Ekspo Terengganu

Sebuah unit apartmen, satu lot tanah perumahan dan satu lot tanah pertanian adalah tiga hadiah utama ditawarkan kepada pengunjung Ekspo T...

Sebuah unit apartmen, satu lot tanah perumahan dan satu lot tanah pertanian adalah tiga hadiah utama ditawarkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu 2018 yang akan berlangsung pada 25 Februari sehingga 3 Mac depan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ekspo bertemakan ‘Terengganu Molek Doh’ di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus itu turut menawarkan pelbagai lagi hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah kereta pacuan empat roda, tujuh motosikal dan pelbagai barangan elektrik.

“Ekspo anjuran kerajaan negeri di Stadium ini bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat tentang kejayaan pembangunan dilakar di Terengganu.
“Banyak kisah-kisah kejayaan akan dipamerkan sepanjang ekspo itu berlangsung untuk menyuntik motivasi rakyat Terengganu agar terus bersama-sama kerajaan negeri dalam mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penerbitan program drama bersiri Megat Panji Alam di antara kerajaan negeri dan TV Al Hijrah Media Corporation di sini, hari ini.
Ahmad Razif berkata penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan pada ekspo itu juga akan memberi manfaat kepada rakyat dalam mendapatkan maklumat berkaitan dan menurutnya lebih 100,000 pengunjung disasarkan sepanjang ekspo itu berlangsung selama seminggu.
“Jualan produk hasil keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga akan berlangsung di ekspo tersebut selain program seperti Forum Perdana, ramah mesra bersama selebriti dan atlet negara, persembahan kebudayaan dan temuduga terbuka untuk mereka yang mencari pekerjaan,” katanya. 

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Apartmen dan lot tanah untuk pengunjung - Ekspo Terengganu
Apartmen dan lot tanah untuk pengunjung - Ekspo Terengganu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin7C58yYBAajFnsB-sqk-w_GxKp5bbNy9mn2TYBOvreE3YYOFOYJjrG2EsZVNJt_HRZka7NQitYpLF21e_aN4a3A-EsHduYvojvG6lM8RIV_0ksgK6GSf3iaud9tC0FuXBeqQo7y2RgE83/s640/26804579_1547482675299133_2345432287804387833_n.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin7C58yYBAajFnsB-sqk-w_GxKp5bbNy9mn2TYBOvreE3YYOFOYJjrG2EsZVNJt_HRZka7NQitYpLF21e_aN4a3A-EsHduYvojvG6lM8RIV_0ksgK6GSf3iaud9tC0FuXBeqQo7y2RgE83/s72-c/26804579_1547482675299133_2345432287804387833_n.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2018/01/apartmen-dan-lot-tanah-untuk-pengunjung.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2018/01/apartmen-dan-lot-tanah-untuk-pengunjung.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy