Bas Amphibia Tiba Di Terengganu ?

Bas dua alam yang dibawa dari Malta kini berada di Terengganu - Foto Sumber Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh kerajaan ...

Bas dua alam yang dibawa dari Malta kini berada di Terengganu - Foto Sumber
Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu dikatakan  telah  sampai di Malaysia.

Sebelum ini “Bas Amphibia” itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar Malaysia akibat dari kelewatan sampai ke Terengganu.

Lebih teruk, pemimpin pembangkang seakan kehabisan modal untuk “menghentam” Kerajaan Terengganu dengan menjadikan isu bas tersebut sebagai modal kononnya itulah perjuangan utama mereka.

 Berkali-kali penerangan dan penjelasan dibuat namun pembangkang dilihat degil dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Kerajaan Terengganu akan pastikan bas tersebut tiba ke negeri untuk ‘berkhidmat’ dengan keupayaan dan keistimewaannya.

Sebelum ini Dato Seri Ahmad Said (BN-Kijal) membahaskan isu amphicoach dalam sidang DUN di Wisma Darul Iman hari ini.

Tidak seperti semalam ketika mereka begitu ghairah menyerang pihak kerajaan berhubung isu amphicoach ini, wakil pembangkang terutamanya PAS dilihat seperti kelu lidah untuk bangun bercakap.

Dalam ucapan bahasnya, Ahmad Said sempat menegur tindakan pihak pembangkang yang sentiasa menyerang pihak kerajaan berhubung pembelian bas jenis Amphicoach ini yang akhirnya merugikan rakyat Terengganu sendiri.

“Kalau negara-negara lain seperti Jepun dan Korea juga menggunakan bas ini sebagai salah satu tarikan pelancong, kenapa tidak Terengganu?.

“Walaupun isu ini dikritik hebat oleh pembangkang, tapi akhirnya mereka sedar akan kepentingan bas ini kepada industri pelancongan negeri selain boleh digunakan untuk membawa mangsa banjir,” katanya.

Ahmad Said memberitahu beliau telah berjumpa sendiri dengan pembekal bas ketika kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak pembekalan kerana masalah kelewatan.

“Saya difahamkan bas itu kini berada di dalam kapal dan sudah dalam perjalanan untuk dihantar ke Terengganu selepas menerima bayaran daripada Kerajaan Negeri. Berlaku sedikit masalah pada awal proses penghantaran kerana berlaku kelewatan pembayaran,” katanya.

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Bas Amphibia Tiba Di Terengganu ?
Bas Amphibia Tiba Di Terengganu ?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGuF9pR6cStRAgIydx-k9WgOtPBBkq7PiVUpCIxUnR9_d4gzaIVGVQckZ7IWvaI28KdftUuUBA-fLv-s9o4lJ4M5e8ShgOvKV5F6l_T1loEhfeMnpodzwsyHmBhSVZU1BhkkPkrp5fn_nL/s640/amfibia.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGuF9pR6cStRAgIydx-k9WgOtPBBkq7PiVUpCIxUnR9_d4gzaIVGVQckZ7IWvaI28KdftUuUBA-fLv-s9o4lJ4M5e8ShgOvKV5F6l_T1loEhfeMnpodzwsyHmBhSVZU1BhkkPkrp5fn_nL/s72-c/amfibia.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2018/01/bas-amphibia-tiba-di-terengganu.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2018/01/bas-amphibia-tiba-di-terengganu.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy