Bas Amfibia kini dalam perjalanan ke Terengganu

Akhirnya Bas Amfibia atau bas dua alam sampai dengan selamat di Malaysia dan difahamkan kini berada di Pelabuhan Klang. Bas yang menjadi...

Akhirnya Bas Amfibia atau bas dua alam sampai dengan selamat di Malaysia dan difahamkan kini berada di Pelabuhan Klang.

Bas yang menjadi antara modal politik  pembangkang, perlu melalui beberapa proses pemeriksaan teknikal oleh beberapa agensi berkaitan termasuk Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya sebelum dibawa ke Terengganu dan bakal ditempatkan di Taman Tamaddun Islam Terengganu.

Menurut pihak Jabatan kerja raya (JKR) Terengganu, bas amfibia itu juga perlu diperiksa dengan teliti agar mematuhi spesifikasi dan ciri-ciri yang dijanjikan oleh pembekal serta mengutamakan keselamatan pengguna.


Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Khairul Azlan Mohd Yusof berkata, dalam masa terdekat, bas akan dibawa ke Terengganu dan akan singgah beberapa pusat tumpuan di daerah yang bakal ditentukan oleh jabatannya .

“Ianya akan bermula dari Daerah Kemaman sehingga ke Besut  dan akhirnya bas akan dipamerkan bagi tontonan umum di  Ekspo Terengganu 2018  bermula pada 25 Februari sehingga 3 Mac ini,"katanya. 

Katanya, rakyat Terengganu pastinya sedang menantikan kemunculan bas unik itu yang akan menjadi satu tarikan baharu dalam industri pelancongan negeri.

Kenderaan buatan kilang di Malta itu mampu memuatkan seramai 45 penumpang dan dua pemandu dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air, manakala di jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam.

Terengganu merupakan negeri pertama yang memperkenalkan bas dua alam itu.

Difahamkan, kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk majlis penyerahan Bas Amfibia berkenaan dalam masa terdekat serta sidang media mengenai kenderaan itu juga akan diadakan sebaik bas itu tiba di Terengganu nanti.

-Terengganu.news

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Bas Amfibia kini dalam perjalanan ke Terengganu
Bas Amfibia kini dalam perjalanan ke Terengganu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl9uwKRaU381nW5YVfEc0y29s1D_X4aekfvKi35slUTMq1rS8LiCUonClspujCejz3ienKbCjJT6Q8c17V89WpVNwyGQ-_VhRi3G0W4I36_lii-gfXeFBZCJgwbzEgmdNmf1NZwka4oM42/s640/IMG-20180201-WA0048.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl9uwKRaU381nW5YVfEc0y29s1D_X4aekfvKi35slUTMq1rS8LiCUonClspujCejz3ienKbCjJT6Q8c17V89WpVNwyGQ-_VhRi3G0W4I36_lii-gfXeFBZCJgwbzEgmdNmf1NZwka4oM42/s72-c/IMG-20180201-WA0048.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2018/02/bas-amfibia-kini-dalam-perjalanan-ke.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2018/02/bas-amfibia-kini-dalam-perjalanan-ke.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy