Tular beberapa hari lalu dari akhbar Sinar Harian dengan memaparkan artikel bertajuk "Bagai hidup di zaman penjajah" di mana me...

"SAYA tidak pernah berkata begitu (bagai hidup di zaman penjajah) kepada SINAR HARIAN", katanya.
Itulah kata-kata keluar dari mulut Che Nawang Abdullah,64, bekerja sebagai buruh ladang sejak 44 tahun (1974) lalu di ladang kelapa sawit Kampung Jerlan milik seorang berbangsa cina di Ajil di Kampung Jerlan, Ajil.
Beliau pada asalnya membina pondok teduhan sahaja bagi melepaskan penat bekerja seharian diladang tersebut dan semakin lama pondok berkenaan dibesarkan sehinggalah menjadi sebuah kediaman.

Beliau turut menerima geran hak milik tanah dari kerajaan kira-kira 8 tahun lalu dan menjadi pemilik yang sah tanah serta mendududki tanah berkenaan sehingga kini.
Ketika ini beliau tinggal dikawasan itu bersama 13 anak dan menantu serta cucunya sehingga kini dan status tanah pertanian menyukarkan pemohonan infrastruktur asas berbanding tanah pembangunan dan perumahan seperti yang lain.
Daripada sebuah pondok rehat untuk berteduh kini menjadi kediaman di samping itu anak-anak yang beliau yang telah berkeluarga turut mendirikan 3 buah rumah masing-masing diatas tanah itu.
Gambaran yang diberikan itu juga telah menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat terhadap kerajaan BN negeri Terengganu dan pada hakikatnya sudah banyak bantuan yang di berikan oleh kerajaan kepada keluarga berkenaan.
Sebagai contoh, setiap bantuan dana raya, dana sekolah dan dana bakti remaja yang diterima sejak 2004 lagi serta bantuan baik pulih rumah yang di terima oleh 30 sekeluarga.
Antara bantuan baik pulih rumah pada tahun 2014 (lebih kurang RM 11,000) dan 2016 (RM 11,000) yang mana kecaknaan kerajaan BN Terengganu kepada rakyat yang memerlukan di samping salah seorang anak kepada beliau turut menerima sebuah rumah PPRT bernilai RM 40,000 di Kampung Machang di sini.

Ghazali berkata, kerajaan telah meluluskan pembinaan jalan untuk kerumah keluarga itu dengan nilaian RM 50,000 serta nilaian bagi pembekalan elektrik sebanyak RM 16,000 dimana akan dibuat dengan kadar segera selepas semua urusan berkaitan selesai.

"..dan bagi bekalan air bersih, kita akan usahakan dengan kaedah air bumi(boreng) sebagai punca air bersih untuk keluarga ini"
"Yang paling utama, kita akan selesaikan dua perkara asas itu dahulu kerana ianya keperluan mendesak ketika ini," katanya kepada pemberita pagi ini.-

COMMENTS