Siapa Cikgi Razif? Kini Menteri Besar Terengganu
HomeEksklusifRencana

Siapa Cikgi Razif? Kini Menteri Besar Terengganu

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuas...

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu’.
(Surah  Ali ‘Imraan : Ayat 26)

PERSONALITI
Berasal daripada Seberang Takir, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada tanggal  7 November 1965.
Berkahwin dengan To’ Puan Halina Zakaria, bekas pendidik serta dikurniakan empat cahaya mata - Shahrul Azri, 23; Nur Aziati, 22, Nur Adila, 18 dan Shahrul Imran, 13.
Mendapat  pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir sebelum meneruskan persekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri.
Beliau seterusnya menyambung pengajian Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan Ijazah  Pendidikan (Kepujian) Bimbingan Dan Kaunseling  dan terakhir,  Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia.
PENGALAMAN POLITIK
Dilantik sebagai Menteri Besar ke14 di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Singgahsana Balai Rong Seri, Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering pada 12 Mei 2014.
Mula menjadi ADUN Seberang Takir sejak 2008. Memulakan karier politik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Century, Johor Bahru (19891990), Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Baru Seberang Takir (1990-2004) dan juga  AJK Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus (19911994).
Pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri (2001-2004)
Memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus  dan juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Nerus sejak 2004 sebelum diberi mandat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pada pemilihan empat penjuru (Oktober 2013).
PENGLIBATAN
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Baru Seberang Takir (2005), Ahmad Razif juga bergiat  dalam pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Setiusaha PIBG SMK Kompleks Seberang Takir (20022007); Pengerusi PIBG SMK Kompleks Seberang Takir (2007), Penasihat Pusat Kesihatan Seberang Takir (20002004).
Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Belia Permata Seberang Takir (1990); AJK MAYC Negeri Terengganu (1991) dan Timbalan Pengerusi MAYC Kuala Nerus (1997) dan AJK Majlis Belia Negeri Terengganu (2004).
CABARAN
Sebagai Menteri Besar yang baru, banyak perkara yang harus saya beri perhatian. Sebagaimana umum mengetahui pengambil alihan tampuk pentadbiran pada 12 Mei yang lalu, bukanlah berlaku selepas satu pilihan raya umum. Ianya ada cabaran, keunikan malahan sejarah tersendiri.
Pun begitu, perkara yang paling utama dan penting adalah peralihan kepimpinan berjalan dengan tertib dan teratur. Apabila sesuatu kerja itu bermula dengan baik, kita berharap perjalanan seterusnya baik dan natijahnya nanti juga baik.
Tidak lupa juga saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada mantan Menteri Besar yang telah memberi kerjasama yang baik dalam memastikan peralihan kepimpinan berjalan dengan baik.
Tiada rombakan EXCO yang berlaku kerana saya mahukan kestabilan dan kesinambungan. Saya juga ingin memandang dan bergerak ke hadapan. Inilah yang terbaik untuk rakyat.
Saya juga akan menambah baik sebarang usaha dan inisiatif terdahulu menerusi kajian dan penelitian semula supaya impak dan manfaat sebarang program benarbenar dirasai rakyat.
Secara prinsipnya, sebarang keputusan mahupun inisiatif baru kerajaan, bukan sahaja perlukan siri-siri perbincangan, malah kajian dan penyelidikan sekali gus memungkinkan mengambil sedikit masa.
Namun terdapat beberapa inisiatif baru yang telah diperkenalkan dalam waktu 100 hari yang pertama pentadbiran saya sebagai Menteri Besar.
TRANSFORMASI
100 hari yang pertama waktu untuk beliau meletakkan asas pentadbiran bagi tempoh akan datang. Ianya memberi gambaran dan pencerahan awal serta indikator umum, tentang prinsip-prinsip  kepimpinan, budaya kerja dan hala tuju pembangunan.
Sehingga Oktober, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan beberapa perkara daripada 38 agenda  pembangunan menerusi  Transformasi Terengganu Baharu (TTB), selepas pendekatan baharu itu diperkenalkan sejak 19 Ogos lalu (100 hari pentadbiran).
38 perkara itu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) beliau sebagai pemimpin utama negeri untuk direalisasikan sebelum menjelangnya 2015.
Antara inisiatif berkenaan termasuk, menjalankan kerja membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pembangunan Pasar Besar Kedai Payang; penambaikan dan kebersihan Pusat Rekreasi Batuk Buruk; kebersihan tandas masjid terutama di sepanjang jalan utama; pembangunan pondok moden; garis panduan hiburan;  membasmi gejala mat rempit dan pembinaan rumah PPRT .
Kewujudan kaunter-Aduan di Pejabat Kaunter 1Transformasi, Jalan Paya Keladi yang bakal dilancarkan secara rasminya  November ini, menterjemahkan TTB yang merangkumi pendekatan inklusif `suara rakyat suara keramat’ apabila menjadi medium penyampaian sebarang  aduan dan pandangan daripada rakyat untuk tindakan segera oleh  pihak kerajaan.
RASIONAL DAN JELAS
Matlamat dan visi kerajaan didokong melalui tiga misi iaitu, pertama – menjadikan pengamalan ajaran dan nilai-nilai Islam sebagai asas falsafah pembangunan dan kepimpinan; kedua – memastikan urustadbir yang berhemah serta tegas (good governance) dan ketiga – mengamalkan pendekatan inklusif atau keterangkuman, yang meraikan suara rakyat sebagai input.
Visi Terengganu yang hebat, negeri yang makmur dan rakyat yang progresif bermaksud membangunkan segenap potensi dan keupayaan yang ada untuk manfaat rakyat jelata.
 Terengganu mempunyai 1.05 juta orang penduduk. 54 peratus atau lebih separuh berumur 24 tahun ke bawah. Justeru pembangunan di  Terengganu perlu mengambilkira potensi generasi muda dan keperluan generasi masa depan, bukannya keperluan sezaman.
Pun begitu, sejarah Terengganu Darul Iman harus kita jadikan teladan dan sumber inspirasi. Sejarah zaman lampau memberi kita kefahaman tentang zaman sekarang untuk dijadikan inspirasi dalam mencorak zaman akan datang.
Dalam mencapai visi Terengganu yang hebat, negeri yang makmur dan rakyat yang progresif, saya amat yakin pentadbiran negeri tidak boleh bergerak sepertimana biasa dan  harus memikirkan cara untuk menjamin kemakmuran agar ianya berpanjangan dan mapan.
Rakyat Terengganu memerlukan transformasi dan tidak boleh terus tenggelam dengan sindrom `ketulaan’ dan perlu menyerlahkan potensi kehebatan yang dimiliki.
Atas semangat sentiasa bergerak ke hadapan, saya telah memperkenalkan konsep TTB yang bermaksud Terengganu TerBersih dan Telus, Team (Berpasukan), Berkhidmat yang merangkumi TTB pertama – Transformasi Ekonomi, kedua – Transformasi Kerajaan dan ketiga – Transformasi Politik .
Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Siapa Cikgi Razif? Kini Menteri Besar Terengganu
Siapa Cikgi Razif? Kini Menteri Besar Terengganu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEic0QPxgBy_PQZ_D3dCSeRWFkqHSQghI55d5kJVEkt16B-nCx6JZqygY5_a3hsSfZIfuVUjzKf3nzbgm_UGTX1IcX1VgDXoV8GKTdDXxCiCGmcepFSJOpkX4FyFQMrwe8lrOxZEgivvCRW-/s640/20K_8415.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEic0QPxgBy_PQZ_D3dCSeRWFkqHSQghI55d5kJVEkt16B-nCx6JZqygY5_a3hsSfZIfuVUjzKf3nzbgm_UGTX1IcX1VgDXoV8GKTdDXxCiCGmcepFSJOpkX4FyFQMrwe8lrOxZEgivvCRW-/s72-c/20K_8415.JPG
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2018/02/siapa-cikgi-razif-kini-menteri-besar.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2018/02/siapa-cikgi-razif-kini-menteri-besar.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy