Pembangunan yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004 itu kini sedang dalam fasa tera...
Pembangunan
yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris
Jusoh pada 2004 itu kini sedang dalam fasa terakhir.
Projek
pembangunan ini adalah dari Rancangan Malaysia Kesembilan yang mana ianya
dibangunkan dibawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan
seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai tahun 2004.
Rancangan
ECER ini adalah satu usaha bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
untuk memangkin tahap pembangunan kawasan pantai timur semenanjung terutamanya
di Terengganu.
Setiap
negeri dipantai timur ini akan muncul
dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan negeri Terengganu akan dikenali
sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi wilayah ekonomi pantai timur.
Dalam masa yang sama ianya dapat mengembang
dan menghebatkan industri minyak dan gas petrol kimia yang ada di negeri
Terengganu serta menjana ekonomi rakyat negeri ini.
Sehubungan
dengan itu Taman Ilmu kini mempunyai beberapa fasiliti untuk kegunaan dan sebahagian
besar komponen utama seperti perpustakaan, pusat pelajar, kompleks sukan, dewan
konvokeseyen, kediaman pelajar dan masjid.
Hari
ini kita dapat melihat pembagunan Taman Ilmu dimanfaatkan dan ketika ini
kediaman pelajar sudah digunakan serta diisi oleh pelajar dari Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA) seramai 250 orang serta bakal ditambah menjadi
500 orang apabila pengubahsuaian blok kedua siap nanti..
Selain
UniSZA, dua buah universiti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan iaitu Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dibantu
bagi meningkatkan pencapaian bidang pengkhususan masing-masing turut akan
menempatkan pelajar mereka di Taman Ilmu tersebut.
Perkara
itu disampaikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Dato’ Seri
Idris Jusoh dalam majlis perasmian Kolej Kediaman UniSZA pada tahun lalu(2017).
Katanya,
UniSZA dikhususkan dalam bidang agama dan ilmu, UMT dalam bidang oceanografi
dan persekitaran manakala UMK bidang keusahawanan mengikut kelompok universiti
komprehensif.
Ketika
majlis perasmian kolej kediaman UniSZApada September lalu, Akademi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan (Aswara) juga berminat untuk menjadi sebahagian dari
warga Taman Ilmu.
Dalam
majlis itu juga turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr.
Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato' Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor
UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.
Hadir
sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato' Dr. Nor
Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dato' Dr
Mortaza Mohamad; Rektor Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir.
Secara
tidak langsung, 3 buah universiti lagi bakal mengisi dan menjadi warga Taman
Ilmu di Besut selain UniSZA.
Nyata
disini momokan berbau fitnah yang dibawa
oleh pembangkang Terengganu terutamanya dari Pas hanyalah mahu mengaburi mata
rakyat dengan mengambarkan gambar-gambar lama yang mana dalam proses baikpulih
di sebahagian Taman Ilmu tersebut.
Cukup-cukuplah
merekayasa fitnah untuk kelirukan rakyat, gunalah pendekatan "apa yang
kita boleh beri kepada rakyat" dan "bukannya apa yang kita boleh
menipu dan mengelirukan rakyat"
COMMENTS