Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar telah mendedahkan sebelum ini bahawa Pas Terengganu menerima dana pilihanraya sebagai kerjasama denga...
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar telah mendedahkan sebelum ini bahawa Pas Terengganu menerima dana pilihanraya sebagai kerjasama dengan UMNO itu hampir benar.
Tular dilaman sosial sejak minggu lalu sekeping resit sikeluarkan oleh orang dalaman Pas Terengganu berkaitan dana RM 1 juta tersebut.
Artikel yang dikeluarkan oleh sinar harian pada April lalu juga dinafikan oleh M. Sukrimun Shamsudin yang juga sebagai bendahari Pas Terengganu.
Tular dilaman sosial sejak minggu lalu sekeping resit sikeluarkan oleh orang dalaman Pas Terengganu berkaitan dana RM 1 juta tersebut.
Artikel yang dikeluarkan oleh sinar harian pada April lalu juga dinafikan oleh M. Sukrimun Shamsudin yang juga sebagai bendahari Pas Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa tiga pemimpin Pas Terengganu menerima wang dari pemimpin Umno adalah tidak munasabah.
Bendahari Pas Terengganu, M.Shukrimun Shamsudin berkata, cerita itu sengaja direka disebabkan bekas pemimpin Pas itu kini semakin ketandusan idea.
"Macam Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) cakap, dakwaan Pas guna duit Umno untuk PRU14 adalah tidak munasabah.
"Cerita ini sengaja di reka sebab PRU14 dah makin hampir," katanya.
Mengulas lanjut, M.Shukrimun berkata, sebagai bendahari, dia sememangnya bertanggungjawab ke atas wang yang keluar masuk ke akaun Pas Terengganu.
"Saya berperanan ke atas akaun itu. Lagipun saya, timbalan pesuruhjaya (Satiful Bahri Mamat) dan setiausaha (Muhyidin Abdul Rashid) memang sebagai penama bagi akaun itu.
"Jadi, ia bukan lagi jadi rahsia. Semua tahu ketiga-tiga kami merupakan penama. Tidak hairanlah jika ada yang kaitkan kami dengan fitnah itu,"katanya.
Terdahulu, Mahfuz dalam satu program ceramah di Padang Serai, Kedah, baru-baru ini mendakwa terdapat tiga pemimpin Pas Terengganu menerima sejumlah wang daripada pemimpin Umno tertentu yang dimasukkan melalui akaun amanah Pas pada Mac lalu.
Individu tersebut dikatakan adalah M.Sukrimun, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat dan Setiausaha Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.
Selain itu, Mahfuz turut mendakwa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan Pas Pusat atau Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
Dalam perkembangan terkini, Mahfuz ketika dihubungi Sinar Harian hari ini berkata, beliau akan memberikan jawapan terhadap dakwaannya itu pada edisi ceramah di Mergong, Alor Setar, Kedah malam esok.
COMMENTS