SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MB ATAU EXCO? Sesi persekolahan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam akan ditangguhkan seh...
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MB ATAU EXCO?
Sesi persekolahan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam akan ditangguhkan sehingga Ahad ini bagi menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik di bangunan itu.
Dalam laporan Berita Harian hari ini, Penolong Kanan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), To’ Puan Aida Tengah berkata, isu berbangkit di sekolah rendah milik Kerajaan Terengganu itu dalam pengetahuan pihaknya.
Penubuhan SRIDI adalah antara manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, iaitu menyediakan sekolah rendah Islam di semua 32 kawasan DUN secara berperingkat dalam tempoh lima tahun, termasuk dengan mengambil alih Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu (SRAYIT) daripada Yayasan Islam Terengganu untuk diuruskan oleh JHEAT.

TAHUN 2020 merupakan tahun
impian setiap rakyat Malaysia yang mana mengimpikan sesuatu perubahan didalam
diri serta masyarakat dan juga Negara.
Akan tetapi kisah malang
menjelma buat ibubapa dari Kuala Terengganu yang mempunyai harapan yang teramat
tinggi dengan kewujudan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di negeri itu.
Hari pertama 2020 dikejutkan
dengan pendaftaran SRIDI yang tidak pernah berlaku diera Negara maju dan ianya
terjadi di negeri maju berkat sejahtera dibawah pimpinan Pas Terengganu.
Kerajaan negeri didalam bajet
2020 telah meperuntutkan sebanyak rm 3.4 juta untuk SRIDI dan RM 20 juta untuk
SMIDI yang mana dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah,
Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu Satiful Bahri Mamat.
Matlamat dan penubuhan SRIDI
dan SMIDI tersebut diatas janji-janji manifesto sahaja dan bukan kajian yang
menyeluruh untuk pembangunan pendidikan negeri Terengganu yang negeri itu sudah
pun mempunyai system pendidikan terbaik dengan adanya IMTIAZ yang sememangnya
terbukti produk serta hasilnya di peringkat kebangsaan dan juga luar Negara.
Penubuhan SRIDI dan SMIDI ini
menjadi beban kewangan negeri Terengganu kerana memerlukan pertambahan
peruntutkan sban tahun dan kini memasuk tahun yang ke dua bagi kedua-duanya.
Hasil dari perututkan yang
puluhan juta ringgit itu pembukaan persekolan baru tahun 2020 dicemari dengan
pembuakan sekolah SRIDI Wakaf Mempelam yang tidak mempunyai bekalan asas sebuah
bangunan.
Tambahan pula tiada sistem keselamatan
tidak sempurna seperti pagar, ruangan berhimpun ketika kebakaran dan banyak
lagi dan ianya menjadi kebimbangan ibubapa apabila rumah kedai dijadikan
sekolah.
Apakah kerajaan negeri tidak
melihat perkara-perkara tersebut dan adakan ianya hanya melepaskan batuk
ditangga sahaja?
Sepertimana yang dilaporkan
oleh TV3 pagi ini, kejadian tersebut amat dikesali kerana Terengganu adalah
sebuah negeri yang mempunyai kewangan yang baik dengan perolehan ratusan juta
ringgit setahun serta bajet tahun melebihi RM 1 billion setahun.
Ditambahkan lagi dengan
persekitaran sekolah berkenaan tidak begitu strategic kerana bersebelah dengan
Pasar Basah Cabang Tiga dan sememangnya keselamatan pelajar tidak terjamin
seramai 110 orang.
COMMENTS