Peranan dan Tanggungjawab Ahli Dewan Rakyat

Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ia merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan penda...




Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ia merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi sistem pilihanraya pelbagai parti.

Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau kawasan Parlimen.

Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Pensempadanan semula kawasan ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang – kurang dua pertiga ahli – ahli dewan.

Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat atau menjadi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh waktu yang sama, atau menjadi ahli Dewan Negara mewakili dua negeri atau menjadi ahli Dewan Negara secara perlantikan dan pilihan dalam tempoh waktu yang sama.

Mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat hendaklah dianggotai oleh 209 ahli daripada 13 buah negeri dalam Persekutuan, 11 ahli daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli daripada Wilayah Persekuan Labuan dan seorang ahli Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Setiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan Malaysia adalah layak menjadi ahli Dewan Rakyat.

Mereka hendaklah berumur tidak kurang daripada 21 tahun, hendaklah waras fikiran, bukan seorang muflis, tidak memegang sebarang jawatan berpendapatan, tidak mempunyai rekod jenayah dan telah menyerahkan apa – apa penyata perbelanjaan pilihanraya sebelum ini jika pernah bertanding.

Melainkan seseorang itu hilang kelayakkan menjadi ahli menurut perlembagaan itu atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat mengikut Perkara 48 Perlembagaan tersebut.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah dihadapan Yang di – Pertua Dewan Rakyat.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas – tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Tempoh ahli Dewan Rakyat atau ahli Parlimen akan tamat apabila Parlimen dibubar. Tetapi, mereka boleh berhenti dengan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Seseorang ahli Dewan Rakyat dianggap berhenti menjadi ahli jika beliau hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.Seseorang ahli mana-mana Majlis Parlimen boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengutus surat yang ditandatangani oleh ahli itu sendiri kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Jika seseorang ahli Parlimen tidak hadir pada setiap persidangan Majlis selama tempoh enam bulan dengan tiada kebenaran Majlis maka Majlis hendaklah mengistaharkan kerusinya kosong.

Seseorang ahli mana-mana Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran tidak hadir dalam persidangan Majlis Parlimen yang ianya menjadi ahli maka ahli itu tidak boleh selama tempoh kebenaran itu menyertai dengan apa juga cara,hal -ehwal dan urusan Majlis berkenaan.

Setiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah taat setia kepada negara ini dan juga perlembagaannya sebelum mengambil tempatnya di Parlimen. Sebelum mengangkat sumpah, seseorang ahli Dewan Rakyat layak mengambil bahagian dalam pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dipilih sama ada dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun seorang lain yang layak dipilih. Tugas bagi Yang Dipertua adalah mempengerusikan Dewan Rakyat, menjadi jurucakap Dewan, memastikan peraturan dan tatatertib dewan dipatuhi oleh ahli-ahli Dewan Rakyat, memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya jika mempunyai kekosongan kerusi dan memastikan sidang Dewan cukup untuk bersidang iaitu sekurang-kurangnya 26 orang ahli Dewan tidak termasuk beliau.

Jika Yang Dipertua itu dipilih daripada orang yang bukan ahli Dewan Rakyat maka beliau dianggap sebagai ahli tambahan Dewan. Namun demikian, beliau tidak layak dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.

Beliau juga tidak boleh mengundi sebarang perbahasan di dalam Dewan Rakyat kecuali jika undi penentu diperlukan sekiranya undi menyokong dan membantah sama banyak. Seorang Timbalan Yang Dipertua juga perlu dilantik dan beliau perlu dipilih dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat itu sendiri.

Jika kedua-dua Yang Diprtua dan Timbalan Yang Dipertua tidak hadir dalam persidangan Dewan Rakyat maka tugas-tugas mereka boleh dijalankan oleh seorang ahli lain yang dipilih mengikut Peraturan Dewan Rakyat.


Seperti juga Dewan Negara,Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong. Setiausaha Dewan Rakyat menguruskan kelicinan pentadbiran Dewan. Beliau memegang jawatan sehingga usia 60 tahun. Hanya penubuhan tribunal boleh memecat Setiausaha Dewan Rakyat.

COMMENTS

Name

Berita,16,Eksklusif,60,Hiburan,4,Jenayah,3,Nasional,15,Pelancongan,10,Pendidikan,9,Politik,12,Rencana,12,Semasa,27,Sukan,6,
ltr
item
MY Terengganu: Peranan dan Tanggungjawab Ahli Dewan Rakyat
Peranan dan Tanggungjawab Ahli Dewan Rakyat
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqgI6e4LLYXoOzMX1RB5wsBj4acpx2_T7jmkSvjtuKMt-zzyG16lQlSOLF3EnoHd6yicubEcN9QCDPNLYBYUdFXzp6RRXAkvD_XjC_Z4eTuMLy51payQuKMcIqoVNJPj1AJdBLfX1rtg86/s640/73481501-e01a-44f1-8714-324c7eae35de.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqgI6e4LLYXoOzMX1RB5wsBj4acpx2_T7jmkSvjtuKMt-zzyG16lQlSOLF3EnoHd6yicubEcN9QCDPNLYBYUdFXzp6RRXAkvD_XjC_Z4eTuMLy51payQuKMcIqoVNJPj1AJdBLfX1rtg86/s72-c/73481501-e01a-44f1-8714-324c7eae35de.jpg
MY Terengganu
https://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/peranan-dan-tanggungjawab-ahli-dewan.html
https://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/
http://myportalterengganu.blogspot.com/2016/11/peranan-dan-tanggungjawab-ahli-dewan.html
true
2656155258757284879
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy