Budak lelaki ini baru Darjah 1 ketika tragedi 13 Mei 1969 berlaku, berbezakah pandangannya 49 tahun lalu dengan pendiriannya hari ini? ...
Budak lelaki ini baru Darjah 1 ketika tragedi 13 Mei 1969 berlaku, berbezakah pandangannya 49 tahun lalu dengan pendiriannya hari ini?
Saya Aznil Haji Nawawi, berusia 56 tahun. Jika satu abad itu 100 tahun, saya telah menghabiskan lebih daripada separuh tempoh tersebut dengan berada di dunia ini dan melalui pelbagai cerita dan pengalaman di bumi Malaysia.
Saya tidak pernah merasa bermastautin di luar negara, kalau bercuti pun tidak lebih daripada dua minggu. Saya orang sini. Lama menetap di sini. Di tanah inilah saya dilahirkan, di sebuah rumah yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Tarikhnya 6 November 1962.
Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, bersekolah di Kuala Lumpur, masuk universiti di Kuala Lumpur, bekerja di Kuala Lumpur, berkahwin di Kuala Lumpur, bercerai di Kuala Lumpur, menduda di Kuala Lumpur dan menjadi datuk pun di Kuala Lumpur. (Dapat gelaran Datuk pun dari Kuala Lumpur).
Sejak tahun 1962 saya melihat Malaysia membesar sebagai sebuah negara berdaulat yang baru mengecap kemerdekaan. Pelbagai catatan sejarah baik yang indah mahu pun yang jelek berlaku dan saya menyaksikannya. Bayangkan sejak tahun 1962 saya menjadi saksi kepada sejarah penting pembinaan sebuah negara, sama ada yang berlaku di dunia, mahu pun di Malaysia.
1962, saya dilahirkan.
Televisyen diperkenalkan di Malaysia – 1963.
Pembentukan Malaysia - 1963.
Malaysia berpisah dengan Singapura - 1965.
Saya masuk sekolah pada tahun 1969. Tahun yang sama berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.
Kemudian diwujudkan MAGERAN - 1970.
Pengenalan kepada Rukunegara - 1970.
P.Ramlee meninggal dunia – 1973.
Kerajaan Persekutuan ambil alih Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan - 1974.
Sudirman Haji Arshad menang Bintang RTM - 1976.
Pengenalan kepada siaran televisyen warna - 1978.
Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri - 1981.
Lepas itu kita ada pula stesen televisyen swasta - 1984.
UMNO diharamkan – 1988.
Sudirman Haji Arshad menang Asia No.1 Performer di Royal Albert Hall London 1989.
Wawasan 2020 diumumkan – 1991.
Sudirman Haji Arshad meninggal dunia – 1992.
Kemunculan sulung Siti Nurhaliza dan menang Bintang HMI – 1995.
Stesen televisyen berbayar ASTRO ditubuhkan 1996. (Mustahil kalau saya tak tahu)
Perdana Menteri, Dr Mahathir pecat Anwar Ibrahim – 1998.
Dan hari ini lain pula kisahnya.
Sekarang ini kita tengok bagaimana orang ramai berani ya mengeluarkan pandangan dan kenyataan mereka secara terbuka di media sosial. Berapi-api status atau tweet yang mereka siarkan. Macam negara ini tiada undang-undang.
Dahulu tanpa media sosial seperti sekarang kita dapat lihat orang ramai yang mahu mengeluarkan pandangan mereka dibuat secara sangat berhati-hati.
Aznil Nawawi bersama sahabat satu kelas Darjah 5 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan Raja Muda
Kita ada pelbagai jenis dasar dan undang-undang. Dasar Pendidikan Negara. Dasar Perpaduan Negara. Dasar itu masih wujudkah atau pun sudah berada di dasar laut?
Sekarang apa sahaja dibincangkan secara terbuka dan boleh dibaca oleh semua orang. Bercakap mengenai hak kebebasan bersuara, hak kebebasan beragama, hak mendapat pendidikan, hak asasi kemanusiaan, hak kanak-kanak, hak haiwan dan segalanya tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.
Mereka berani mengkritik Yang DiPertuan Agong, Sultan, Perdana Menteri, menyentuh sensitiviti kaum, agama, negara jiran dan sebagainya. Apa sahaja boleh dikritik secara terbuka tanpa takutkan undang-undang.
Yang kononnya berani, mereka gunakan nama sebenar. Yang paling pengecut, mereka gunakan nama samaran.
Berlaku depan mata sendiri dan yang saya baca di akhbar, bagaimana berlakunya perselisihan faham hingga menyebabkan orang Melayu membakar kitab Bible orang Kristian. Orang Melayu menggelar orang Cina dengan gelaran Cina B***, orang India dengan panggilan k*****. Orang Cina permainkan laungan azan, rasa terganggu dengan azan Subuh. Mereka turut mempermainkan cara berbuka puasa orang Islam dengan makanan yang haram dimakan oleh orang Islam. Macam-macam.
Saya menganggap apa yang telah dilakukan secara terang-terangan ini boleh saya anggap sudah melampaui batas.
Saya pernah melalui jalan hitam negara sewaktu rusuhan kaum pada tahun 1969. Saya mendepani situasi tersebut. Saya telah merasa bagaimana peritnya hidup di waktu tragedi itu memuncak.
Saya ada anak. Saya ada cucu. Saya tak mahu mereka melaluinya kerana tragedi hitam itu amat pedih dan lukanya terlalu lama untuk sembuh dan hingga ke hari ini ia belum sembuh sepenuhnya lagi.
Aznil Haji Nawawi
Saya bawa anda kembali ke zaman itu. Saya boleh menterjemah setiap perkara yang saya lihat, saya rasa, saya dengar dan mengingati tentang sakitnya zaman itu sangat perit. Anda yang tidak melalui zaman itu cukuplah sekadar membayangkannya sahaja kerana merasainya terlalu perit.
Ketika itu saya baru Darjah 1. Sekolah saya terletak di Chow Kit Road. Jalan utama yang menjadi pusat dagangan yang dimonopoli oleh orang Cina di Kuala Lumpur.
Sebelah Chow Kit Road ada Kampung Baru, kampung Melayu di Kuala Lumpur. Dua kaum yang sangat dominan ketika itu duduk sebelah-menyebelah.
Disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang dibawa oleh penjajah British, di mana letak dan duduknya pelbagai kaum yang ada di Malaysia telah disusun mengikut strategi British. Orang Melayu duduk di tepi pantai dan tanah kampung. Orang Cina yang bijak berniaga dan lebih dipercayai British duduk di bandar. Orang India dipinggirkan di estet dan ladang getah.
Kalau ada pun orang Melayu yang tinggal di bandar pun, kerja mereka hanyalah pekerjaan peringkat bawahan sahaja. Ayah saya kerjanya sebagai pekerja di Syarikat Bas Sri Jaya, pengangkutan utama di Kuala Lumpur.
Saya pergi sekolah naik bas dari Kampung Keramat ke Chow Kit Road. Terus sampai depan sekolah. Sebelah sekolah saya pula ada Masjid Pakistan.
Nampak tak warna kepelbagaian yang ada di kawasan tersebut? Pelbagai bangsa wujud di Chow Kit Road.
Tahun 1969 adalah tahun pilihan raya. Pilihan raya telah diadakan pada 10 Mei 1969.
Budak baru Darjah 1 apa yang saya tahu mengenai pilihan raya. Siapa menang? Siapa kalah? Siapa berjaya bentuk kerajaan, siapa golongan pembangkang pun saya tidak faham. Kapal layar atau roket hanyalah barang permainan yang mewah bagi saya.
Aznil Haji Nawawi
Yang saya tahu hanya keseronokan melihat suasana kempen pilihan raya bagai sebuah pesta. Calon-calon pusing keliling kampung atas lori lengkap dengan pembesar suara melaungkan ucapan-ucapan panas berapi bagi menaikkan semangat dan memancing undi.
Ketika itu saya tidak tahu pun yang ucapan yang diperdengarkan adalah ucapan berapi hinggalah bila dah meningkat dewasa ini barulah saya faham.
Isi kandungan ucapan yang dilakukan saya tidak faham. Bertujuan menghasut ke, menaikkan semangat ke atau pun memburukkan calon lain saya tidak tahu.
Yang saya seronok hanyalah bila dapat bermain kejar-kejar dengan lori tersebut. Budak, apalah yang saya tahu.
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, pihak yang menang berarak keliling kampung mengucapkan terima kasih. Ya. Dulu perarakan meraikan kemenangan dalam pilihan raya dibenarkan.
Kita yang budak ini pun berlari samalah dengan lori tersebut bermain kejar-kejar satu kampung.
Pada tahun tersebut, Parti Perikatan yang pada waktu itu membawa simbol kapal layar hampir tenggelam. Walaupun menang tetapi sangat tipis. Hilang majoriti besar dan hanya kekal sebagai pemerintah.
Golongan penyokong parti pembangkang sudah meraikan kemenangan mereka. Cara mereka meraikan kemenangan itu dengan mengusung penyapu, satu simbol yang membawa makna kecelakaan bagi bangsa Melayu.
Waktu itu saya tidak faham apa yang berlaku. Kata ayah saya, mereka mahu menyapu semua orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Mahu menyapu semua hak keistimewaan yang ada pada orang Melayu. Mahu menyapu semua ketidakseimbangan keutamaan dan keistimewaan yang ada pada orang Melayu.
Kegembiraan golongan pembangkang sudah tidak berjaya dikawal. Perarakan itu mula masuk ke kawasan Melayu seperti di Kampung Baru dan Kampung Keramat.
Masa itu saya nampak sendiri bagaimana kemarahan orang Melayu mula menyemarak. Orang Melayu sudah mula membalas dengan membaling botol, mereka mula meludah. Orang Melayu merasa tergugat. Walaupun Parti Perikatan menang tetapi hanyalah majoriti yang kecil. Sangat goyah ketika itu.
Pada 13 Mei saya pergi sekolah macam biasa. Waktu persekolahan belum lagi tamat tiba-tiba abang saya datang ke sekolah. Abang berumur dalam lingkungan 12 tahun ketika itu. Budak lagi. Kalau saya Darjah 1, abang saya mungkin Darjah 6 atau Tingkatan 1. Dia datang ke sekolah minta izin untuk bawa saya pulang ke rumah. Ibu bapa pelajar lain pun datang juga.
Saya seronok bukan main pasal dapat balik sebelum waktu persekolahan habis. Budak mana yang tak happy? Mesti happy punya.
Rupanya pada waktu tersebut syarikat perkhidmatan bas hampir lumpuh. Perkhidmatan bas dari Chow Kit Road ke Kampung Datuk Keramat telah Tiada bas yang beroperasi. lumpuh. Yang masih ada perkhidmatan dari Kg Baru ke Kg Keramat Nak tak nak kami terpaksa berjalan kaki dari Chow Kit Road ke Kampung Baru. Abang saya datang ke sekolah berjalan kaki dan sekarang untuk pulang semula ke Kampung Datuk Keramat pun terpaksa berjalan kaki dahulu ke Kampung Baru untuk mengambil bas.
Tiada jalan lain kami terpaksa melalui lorong-lorong kecil dekat dengan rumah orang-orang Cina. Pandangan mereka seperti mahu menerkam kami adik-beradik. Saya dapat lihat ada yang sedang mengasah pisau di belakang rumah. Saya dapat lihat riak wajah mereka yang bengis sewaktu mencaci kami dalam bahasa yang tidak saya fahami.
Ada suara-suara sumbang yang memanggil kami berdua singgah. Tapi ayah sudah pesan kepada abang.
“Ambil adik balik dari sekolah dan terus balik rumah.” Saya terbayang wajah ayah tegas.
Saya sebak bila mengingati saat tersebut. Saya terbayangkan pengorbanan abang saya yang baru Darjah 6 sudah terpaksa memikul tanggungjawab yang besar untuk bawa saya pulang ke rumah dengan selamat. Dari Kampung Baru masih ada bas ke Kampung Datuk Keramat.
Sekitar pukul 3 petang, kami berdua melalui kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda di Kampung Baru.
Ada perhimpunan di rumah tersebut. Orang Melayu ramai berkumpul di situ sambil melaungkan Allahuakbar Allahuakbar.
Nak kata takut saya tak rasa ketakutan tersebut. Saya nampak seperti pesta. Mungkin ayah saya pun ada di rumah tersebut.
Perarakan sudah jadi bukan meraikan lagi. Tapi sudah menjadi menghina. Orang Melayu kata orang Cina itu pendatang. Orang Cina itu pun balas kata orang Melayu pun pendatang juga.
“Kalau kau Syed, kau dari Arab. Bukan dari sini. Kau pula banyak yang datang dari Indonesia. Ada yang dari Selatan Thai. Jadi kau pun bukan orang yang asli di sini.”
“Orang India kata orang Melayu pun pendatang juga. Orang Melayu kata orang India talibarut orang Cina.”
Yang buat orang Melayu sangat terhimpit ketika itu adalah ekonomi kita yang sangat ketinggalan.
Sakit akibat daripada jurang ekonomi inilah yang semakin memarakkan api kemarahan orang Melayu.
“Orang Melayu bakar rumah orang Cina. Orang Melayu bakar kedai orang Cina.”
“Orang Cina bunuh orang Melayu. Orang Melayu tak rasa bersalah sembelih orang Cina.”
Aznil Haji Nawawi
Situasi ketika itu sukar untuk anda bayangkan. Saya berada di situ, saya melihat bagaimana gemparnya Kuala Lumpur hari tersebut.
Ayah saya bukan pembunuh! Dia hanya mahu menjaga keselamatan anak isterinya. Dia jadi benteng untuk menghalang amukan orang Cina ketika itu.
Dia sama sekali tidak terlibat memancung dan menyembelih orang-orang Cina. Dia jadi pagar untuk selamatkan keluarga dia.
Dia jadi pengawal antara dua kampung Melayu yang ada di Kuala Lumpur ketika itu, kejap di Kampung Keramat, kejap pergi ke Kampung Baru.
Dalam hiruk-pikuk mangsa menyelamatkan diri, perintah berkurung dikenakan kepada penduduk sekitar kawasan terbabit.
“Ya Allah! Susahnya hidup sewaktu perintah berkurung! Pukul 6 petang dikerah masuk rumah. Pukul 9 malam lampu semua kena mati. Maksudnya, kau kena masuk tidur!”
Askar dan polis berkawal mundar-mandir mengawal kawasan Kuala Lumpur.
Ayah sudah keluar dari rumah mengawal di Kampung Baru. Atuk saya berada di kampung itu.
Bila dengar berita ada perkembangan terkini mengenai jumlah yang telah terkorban. Itu pun banyak juga berita yang disorok dari pengetahuan masyarakat untuk tidak menghuru-harakan lagi keadaan.
“Seorang mati atau dua orang mati ketika itu sudah cukup besar dan menggemparkan. Kebarangkalian ayah saya mati juga adalah besar.”
Saya ingat lagi waktu malam tanpa berani menyalakan lampu, saya hanya mengintai dari celah tingkap rumah.
Emak dan anak-anak yang masih kecil hanya mampu mendiamkan diri. Termenung. Anak-anak bukannya faham yang ayahnya telah keluar dan nasib ayah belum pasti. Balik dengan bernyawa atau balik diusung jenazahnya.
Setiap penjuru ada rumah terbakar. Langit malam itu merah.
“Rumah siapalah yang terbakar tu? Entah rumah Melayu, entah rumah Cina, entah rumah India!”
“Ayah kau ada dekat sana ke?” Emak risau.
Aznil Haji Nawawi
Bila ayah balik dalam pukul 3 pagi, emak sudah bersyukur. Itulah yang kami lalui setiap malam.
Macam-macam khabar angin bertebaran luas pada saat-saat genting seperti hari itu. Tiada media sosial pun tapi khabar angin berleluasa.
Api yang disangkakan makin malap menjadi marak semula angkara khabar-khabar angin.
Sehingga perlu digerakkan kempen agar rakyat tidak mendengar khabar-khabar angin.
Banyak pelekat yang tertera ayat “Jangan mendengar khabar-khabar angin” diedarkan. Pelbagai bahasa. Melayu ada, Cina ada, Tamil ada, Inggeris pun ada.
Ditampal di merata-rata Kuala Lumpur. Dari saiz untuk ditampal di kertas hinggalah saiz sebesar papan iklan.
Kita budak-budak sekolah dapat sticker seronok lah. Tampal merata-rata buat mainan.
Bila kami budak sekolah baca, kami baca dengan kosong tanpa ada rasa. Bila dah besar ni barulah kita faham kenapa ia dikeluarkan.
Budak Darjah 1 baca ayat “Don’t listen to rumours!” Satu ayat Inggeris peringkat tinggi. Umur baru 7 tahun dah faham makna rumours.
Sekarang barulah saya faham kenapa khabar angin boleh memburukkan lagi keadaan ketika itu. Cerita-cerita yang tidak betul itulah yang memburukkan situasi genting ketika itu.
Sengsaranya hidup sewaktu perintah berkurung. Jika ada yang melanggar arahan perintah berkurung akan ditembak.
Saya tidak tahu berapa jumlah mangsa yang terkorban akibat tragedi tersebut.
Namun, apa yang membingungkan saya pada usia tersebut adalah sewaktu sekolah kembali dibuka.
Mata setiap budak sekolah yang baru berusia 7 tahun ketika itu sudah terpancar erti syak wasangka.
Orang Cina tak mahu berkawan dengan orang Melayu. Orang Melayu pula anggap orang India talibarut orang Cina. Orang Cina pandang orang Melayu dengan pandangan serong. Jangan kawan dengan orang India. Orang Melayu kata orang Cina begini, orang Cina kata orang Melayu begitu. Penuh syak wasangka.
“Saya tak boleh kawan ke dengan kawan Cina yang namanya Yap Chiam Seng ni?”
“Saya tak boleh kawan ke dengan kawan India yang namanya Kalai Muthu ni?”
“Saya tak boleh kawan ke dengan Mee Siong ni?”
Sejak hari itu berada di sekolah tiada rasa seronok. Hubungan antara kaum di sekolah telah musnah.
Itu baru sekolah. Bagaimana dengan pejabat? Kawasan kampung? Satu negara?
Macam mana agaknya jika dalam negara kita sendiri perkara seperti 1969 berterusan berlaku?
Orang Melayu tak boleh bercampur dengan orang India. Orang Cina tak boleh bercampur dengan orang India dan orang India tak boleh berkawan dengan orang Melayu.
Penuh dengan syak wasangka.
Tahun berikutnya diperkenalkan Rukunegara. Di sekolah ada pertandingan membaca Rukunegara. Ada satu kategori sahaja. Budak Darjah 2 kena bertanding dengan budak Darjah 6, Pelik kan peraturannya.
Saya memang pantang kalau dapat peluang nak naik pentas. Saya yang akan angkat tangan dulu.
Bukan susah pun nak dihafal. Teks Rukunegara ada dicetak di belakang buku. Lengkap dengan Sifir 12.
Aznil Haji Nawawi
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;KELUHURAN PERLEMBAGAAN;KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;KESOPANAN DAN KESUSILAANBila saya baca dengan penuh perasaan, siap dengan mimik muka, akhirnya saya menang. Terus saya jadi popular sekejap di sekolah. Budak Darjah 2 kalahkan budak Darjah 6.
Untuk memulihkan hati yang telah retak akibat tragedi 13 Mei itu, diperkenalkan pula lagu Muhibbah untuk dinyanyikan di perhimpunan sekolah.
Seronok bukan main kerana sewaktu menyanyi tangan setiap pelajar kena paut tangan kawan di sebelah masa beratur di perhimpunan.
Bila dilakukan setiap hari, barulah nampak balik hidup kerukunan bermasyarakat antara kaum di peringkat sekolah.
Dalam skop yang lebih luas lagi, pelbagai dasar diperkenalkan. Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Ke-2. Majlis Perpaduan Negara. Majlis Ekonomi Negara. Majlis Pendidikan Nasional.
Pelbagai undang-undang pun turut digubal. Jangan dipertikaikan kebebasan beragama. Jangan dipertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Jangan dipersoalkan tentang dasar pelajaran.
Saya faham kenapa semua ini dilakukan. Saya nampak tragedi hitam itu berlaku depan mata. Saya tidak mahu ia berlaku lagi.
Yang rugi kita semua. Tiada pemenang pun! Cina tak menang. Melayu tak menang. India tak menang. Kita semua kalah sebenarnya.
Aznil Haji Nawawi
Saya ingat lagi bagaimana peritnya hidup ketika makanan dicatu. Barang makanan kurang di zaman itu.
Yang Melayu tak turun ke laut. Ikan tiada. Yang Cina pula tak buka kedai. Nak beli barang di mana lagi? Kehidupan masyarakat ketika itu lumpuh.
Askar datang hantar dengan trak masuk kampung. Satu keluarga dapatlah 2 cupak beras. Tin sardin dan bahan mentah yang lain. Emak beratur nak dapatkan bahan makanan untuk anak-anak mereka. Jiran yang ada keluarga yang lebih besar berebut mahukan bekalan beras yang lebih.
Ada orang yang berkuasa pula menyorok bahan mentah dan makanan dengan penuh sifat pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kesengsaraan orang lain.
Anak-anak seperti saya ketika itu buat apa? Bermain kejar-kejar seronok mengejar trak tentera yang masuk kawasan kampung. Kami budak-budak anggap ia macam pesta. Emak dan ayah kami anggap ia satu tragedi.
Duit ada tapi tiada barang yang boleh dibeli. Ada duit pun tiada nilai.
Saya melaluinya. Saya merasainya. Saya pernah makan dengan garam saja.
Emak cakap ini saja yang ada. Bukan tiada duit. Nasi. Garam. Telur. Kongsi adik-beradik.
“Kau suka tragedi ini berulang lagi? Saya tak nak ia jadi pada cucu saya. Saya tak nak ia jadi pada anak-anak saya dah.”
Barulah hati mula terdetik. Mata mula terbuka.
Sumber asal....

COMMENTS